Monday, 31 March 2014

Recall moments when I was in MTS

Bismillahirrahmaanirrahiim

31 March 2014
Masha Allah, sungguh cepat masa berlalu.
Maka umur semakin meningkat, mati pun semakin menghampiri. Adakah amalan kita semakin meningkat ?

Dah hampir 3 bulan aku menjadi graduan daripada Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.



This is my school. Oh rindukan tarbiah di sana.

Siapa yang mentarbiah ?
Kawan-kawan
Guru-guru

Feeling like crying now. Kalau Allah tak kirim mereka untuk support aku sepanjang berada di sana, tiadalah aku yang sekarang.
Dan sepanjang 3 bulan ni jugalah aku mula merasa kosong, lemah. Why ? Ianya fakta bahawa seorang muslim perlu hidup berjemaah.
Tak percaya ? Silalah asingkan diri ke benua Antartika kalau anda tidak pernah merasainya.

Sahabat-sahabat.
I shed my tears alone now without you.
Missing the pieces of my life.
Now my puzzle is not complete. Broken.
Why ?
When I am totally being wistful, you come and arousing the situation that makes me become turgid to stand again. Tough enough to pursue my pace. 



Bila aku malas murajaah, datang teman-teman seperjuangan dan tepuk bahu
 " Piqah, kata nak majukan Islam, nak jadi hamba yang solehah ? "
" Piqah, quran ni amanah kita. Esok-esok nak dia berhujah untuk kita atau berhujah ke atas kita ? "
" Chaiyok ! Chaiyok ! Semangat piqah "

Maha Suci Allah yang melindungi aku, yang membangunkan aku, yang melindungi aku daripada  makhluk yang membisikkan kejahatan kepada hambaNya.

Perkara yang paling obvious yang aku rasa kehilangan ialah suasana alQuran. Allahu, bertalu-talu ujian di luar sana.
Sungguh, kekuatan itu suatu anugerah.

 Ya Allah kami memerlukan kekuatan untuk menepis semua ini. Jadikan kami seorang hamba yang tegar untuk sentiasa menjaga hafazan kami.
Jadikanlah kami termasuk golongan yang beramal dengan alQuran, lidah sentiasa dibasahi dengan alunannya. Jiwa dan ingatan kami sentiasa terikat padanya.
Mudah-mudahan itu dapat menjadi medium agar kami dicintai oleh Allah dan para Rasulnya.

Allahumma Aamiin thumma Aamiin.


Saat aku kecewa, terfikir apa yang akan jadi dengan dunia. Gaza dan Syria menangis. Mesir ardhul kinanah pula telah muncul firaun moden. Memandangkan aku suka berfikir dan tulis dalam buku nota aku yang bertimbun * I am a writer * tentang hasrat aku, impian aku.
Kawan aku pun menyapa

"Piqah, tulis apa tu," sambil tersenyum kepadaku beliau tarik kerusi dan duduk berhampiran denganku.

Then aku jawab " Perancangan hidup. But Allah is the best planner. Saya cuma plot. Semuanya bergantung kepada Allah ."

Jom, pergi UK. Pergilah ke mana-mana sahaja janji kerana Allah ta'ala. Aku ingin melata, aku ingin mendaki. ya Allah mudah-mudahan itu semua keranaMu.


* Untuk MTSBKB. Hangpa tidak dilupakan.
Terutamanya kawan-kawan yang pindah.
MRSM Ulul Albab, Imtiyaz, KISAS and so on. 


Apa itu Virtue Damsel ?
Ingin tahu ? Sila klik pada tulisan biru di atas.

Allah telah memberi ilham kepadaku.
Apa yang penting ? Progressing.
Usaha.

Please. Jebal. Por favor.
Dear umat Islam, wake up. Just wake up and walk out from your comfort zone.






Thursday, 27 March 2014

Youth : Our Future Soon : The Reality

Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdolellah.
Masih menikmati nikmat menghirup udara pada pagi ini.
Jadi,
Jom. Sama-sama perbaharui syahadah kita !
أشهد ان لا إله إلا الله و ان محمدا رسول الله

Pembaca yang dihormati sekalian, apakah perkara pertama yang  patut kita lakukan terlebih dahulu ?

Tadaaaaaa !
Smile, it's a Sunnah



First of all, tahukah anda bahawa ekonomi negara kita semakin merundum ?
Politik negara kita semakin poor pengurusannya ?
Sosial ?
Runtuh. Longgar. Hancur.
Aku yakin bahawa semua orang pun tahu nak label dan describe apa nak jadi dengan negara kita.

As I always wandering around, talking with people about that and this. One of my friends said " Buat gapo caro ko politik, "
Ni aku nak jawab. Tahu tak apa itu   C O M A N G G O ?
Kalau tak tahu sila tanya Sheikh Google. Beliau akan explain kepada anda.
Setiausaha Agung Malaysia, Alhamdolellah masih berfungsi dengan baik imannya dengan tegasnya tidak menandatangani kesemua 10 undang-undang yang telah dituntut oleh PBB kepada Malaysia supaya dimasukkan ke dalam perlembagaan.
Antaranya ?
Memberi pengiktirafan kepada golongan homoseksual dan biseksual,
Agama Islam tidak menjadi agama rasmi 

Anda masih boleh berdiam diri ? Well seperti yang pernah kita semua tahu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengaku umat dan dilaknat oleh Allah S.W.T.
Iktibarnya kita dapat lihat daripada kisah kaum Nabi Lut iaitu kaum Sodom.

Nak kaitkan dengan peristiwa MH370 *Allahuakbar Innalillahi w innailaihi raajiuun
Apabila melihat USA agak terhegeh-hegeh ingin menghulurkan bantuan kepada Malaysia, agak suspicious bagi aku. Wallahua'lam.
Kadang-kadang kita perlu suuzon *bersangka buruk  supaya kita sentiasa berwaspada kepada golongan kafir harbi (kafir yang memerangi umat Islam)
Sebenarnya apabila mereka ( USA) dah mula masuk ke perairan negara, confirm diorang sempat memorize kawasan yang diawasi dan short-cut untuk menyelit masuk ke negara kita. Lain kata diorang sempat buat research pasal jalan udara dan jalan air.

So aku tak hairan kalau US dah plot satu plan untuk Malaysia *If you know what I'm thinking

Jadi aku kejutkan diri sendiri supaya bangun daripada tidur yang lena, cakap kat empunya diri " Macam mana ye generasi muda yang akan datang,anak-anak aku, family dan kawan-kawan ? Masihkan mereka dapat mempraktikkan Islam tanpa ada halangan ? Silap-silap haribulan nyawa depa pun terancam. Oh tidak ! "

* To be continue
Wallahua'lam.


C H A N G E


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Mudah mudahan Allah memberkati serta meredhai setiap perkataan yang bakal aku tulis.
Okay.

Korang tahu tak bahawa Allah S.W.T telah mencipta dan menghadiahkan kita semua dengan satu device yang superb hebat untuk kita gunakan dengan sebaiknya ?

What's that ?
B
R
A
I
N

ada penambahan lagi iaitu otak + akal
Aku kurang senang bila telinga aku detect ayat " Aku ni memang dilahirkan dengan tak pandai, nasib lah "
" Kau tak pe lah pandai "
Ohoo. Stop dulu.
Okay. Dush. Bagi penyapu, bagi clean balik pemikiran A.K.A fikrah macam tu.
pasang heater ( tazkirah/pengisian) kasi cair pemikiran jumud.
Mana ada. Kawan-kawan, Allah Maha Adil.

" You take what you give "
وان ليس للإنسن إلا ما سعى

Aku akui taraf kecekapan otak manusia ni berbeza beza, but still human is not a dumb creature.

ولقد خلقنا الإنسان في احسن تقويم
'' Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian "

See ? Allah dah umum dalam alQuran, so kita tak boleh deny fakta ni.

Okay. Balik kepada niat aku untuk hurai semua ni.Hakikatnya manusia ni semuanya sama. Tapi kenapa Europe, Western lagi maju and to the future pasal ilmu ? Hatta orang kafir sendiri agak pro dalam bahasa Arab. Serius aku pernah terbaca artikel ada seorang pemegang phD dalam bahasa Arab dari Barat yang juga pemegang 4 sijil degree yang berbeza-beza.

1- Our youngsters tak suka baca benda-benda yang kritikal. Asyik feed soul dengan benda-benda picisan like novel cinta-cintun,
Bahan bacaan seperti ini tak meningkatkan kematangan, skill, dan rationality seseorang untuk befikir.

Aku ada kenalan dari USA, UK dan dari beberapa buah negara dari pelusuk barat.
Bahan bacaan  students yang umurnya average 14-17 mencapai level critical.
Satu semangat luar biasa yang ada pada mereka : Courage - untuk menuntut ilmu dan mengajak orang lain kepada semangat cintakan ilmu terutamanya ilmu sains dan teknologi.
They don't study just to get a high mark on their examination paper.


2- Bangsa Melayu
: Masih wujud sifat keakuan dalam diri ( selfish ) , hasad dengki

 Kisah keakuan :
 Sebenarnya sementara menunggu keputusan SPM 2013, parent suruh aku masuk sekolah iaitu untuk belajar subjek-subjek STAM.  AlKisahnya pada suatu hari, akibat terdesak mencari peserta pertandingan khat untuk mewakili rumah sukan, terpaksa la aku masuk biarpun tak mahir. Oh sangat malu. Then, aku ada seorang classmate yang Allah kurniakan tangan yang agak seni. Sesuai dengan tuntutan Islam
"Ask people (Ahlu zzikr) when you don't know "
Suatu petang aku balik lewat semata-mata nak berlatih khat, so aku beranikan diri untuk bertanya dan merendah diri
" Awak boleh ajar saya tak ? Khat farisi. Saya tak reti ni. Masuk sebagai bidan terjun je ni "
" Eh mana boleh. Saya masuk pertandingan jugak. Nanti tak aci la"

Cop cop. Awak faham tak maksud sebenar meniru, photo-copy, plagiarism ?
Kemahiran bukan sesuatu yang boleh ditiru tapi sesuatu yang boleh dilatih dan diasah.
Agak terpana sebenarnya.
Faktor yang agak besar bahawa semua ini membantutkan skill seorang muslim.
Terhad. Eh apakah ?

3- Kurangnya sifat ingin tahu
. Do you know curiosity helps people improving a lot ?

    Selalu buat Q & A : How ? When ? Where ?

    Biasakan diri bertanya dan menjawab sesuatu dengan detail
    * Take note untuk science students : Anda perlu sentiasa detail. Terutamanya ketika       membuat laporan experiment

4- Kerajinan. Ouch. Bite. Yang ni kena atas kepala sendiri. But, what to do. Kita yang kena rajinkan diri.
Try sibukkan diri. Insha Allah one day you will be a hardworking person. Daebak ~

5- Jati diri : Ehem. Apabila jati diri goyah.  Seperti lalang ditiup angin. Melalui observation detective Syafiqah, kebanyakan remaja zaman ini mudah terpengaruh dengan media.
Paling obvious, K O R E A. Style pakaian K-POP diagung-agungkan. Lelaki sendiri pun dah mula pakai baju ketat ? Berwarna warni.
Warna maching yang contra and so on.
Nak pakai juga ? Okay. Tapi pastikan bertepatan dengan syariah.

Determination is needed !

Alright. Bahu dah rasa macam nak patah. Lenguh.
Mudah-mudahan apa yang aku tulis ini dapat membawa manfaat.
Buka minda dan cuba lihat dunia di sekeliling anda.



KEEP CALM & READ BOOKS

Shalom. Arios.
Wallahua'lam



Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...