Bismillahirrahmaanirrahiim
Tahukah apa itu Islamophobia ?Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.
Sumber : Page Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)
Istilah Islamophobia diperkenalkan pada tahun 1996 oleh Comissions on British Muslims and Islamophobia.
Pada tarikh 7 Julai 2005, empat letupan berlaku di stesen kereta api bawah tanah dan mengorbankan sekitar 56 orang manakala 700 penumpang lagi cedera.
Kejadian ini dipercayai telah dirancang oleh kumpulan alQaeda.
Selepas kejadian tersebut berlaku ramai penduduk Britain yang mula menjadi prejudis terhadap muslim di Britain. Kajian mendapati bahawa 63% penduduk Britain yang mempunyai Islamophobia.
Satu perkara yang aku teringin nak ulas, sama ada benar atau tidak kejadian ini dalangnya ialah sekumpulan muslim yang ekstrem jelas sekali kita dapat lihat bahawa personaliti seorang Islam membawa impak yang cukup besar kepada mereka yang tidak menganut Islam.
Tambah lagi dengan sekumpulan muslim yang bergerak secara besar-besaran di bandar London untuk menjayakan misi 'pencegahan maksiat'. Dah tu pula macam tengah buat rusuhan.
Aman ke macam tu ? Of course not !
Jadi aku nak tekankan bahawa kita sebagai seorang muslim kena jaga adab tambah-tambah lagi bila kita sedang menetap di negara yang minoritinya umat Islam.Realiti bahawa Islam dipandang melalui personaliti penganutnya.
Ni tak, apa yang aku selalu tengok, orang Islam sama-sama nak 'bash' satu sama lain. Rasa-rasanya orang bukan Islam boleh terima ke kalau macam tu lah bawaan kita ? Reject !
Ceh. Kita ni baik sangat ke nak kata orang macam-macam ?
Cuba consider opinion orang lain. At least, kalau tak setuju tak perlu ditetak hati orang lain dengan kata-kata yang berapi.
Kalau bab ilmu, dibolehkan seseorang untuk memperbetulkan kesalahan penerangan di hadapan orang ramai bertujuan untuk membetulkannya dan mengelakkan orang lain daripada tersesat
Tapi haruslah berhikmah.
Tahukah sifat apakah itu ? E G O.
Mohon letak bleach dekat hati. Buang kotoran degil macam tu sebelum kulat-kulat dapat tumbuh.
“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”
Ingat, kita tak kenal orang lain sepertimana kita mengenali diri sendiri.
Sepatutnya kita berlumba-lumba untuk cantikkan akhlak dan peribadi diri bukannya sibuk mengorek keburukan orang lain.Kadang-kadang asal background kita yang terdiri daripada keluarga yang baik-baik membuatkan mata kita kabur
"Dia ni kan, perangai macam hape."
"Dia kan...."
Stop melabelkan orang.Mungkin mereka tidak tahu atau jahil.Mungkin mereka tidak diajar seperti kita. Mungkin...
ya, banyak kemungkinan.
Semaksimum mungkin, Cubalah kita untuk husnuddzon ( bersangka baik ) kepada orang lain.Sekurang-kurangnya usaha itu ada.Itulah sebab kita kena ada sifat keterbukaan yang syari'e. Terutamanya kepada non-muslim.Hikmah itu sentiasa bersinar, cuma kita yang padamkan sinarannya dengan ego dan kesombongan.
Smile, It's a Sunnah C:
Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Tuesday, 1 April 2014
Thursday, 27 March 2014
Youth : Our Future Soon : The Reality
Alhamdolellah.
Masih menikmati nikmat menghirup udara pada pagi ini.
Jadi,
Jom. Sama-sama perbaharui syahadah kita !
أشهد ان لا إله إلا الله و ان محمدا رسول الله
Pembaca yang dihormati sekalian, apakah perkara pertama yang patut kita lakukan terlebih dahulu ?
Tadaaaaaa !
Smile, it's a Sunnah

Tadaaaaaa !
Smile, it's a Sunnah

First of all, tahukah anda bahawa ekonomi negara kita semakin merundum ?
Politik negara kita semakin poor pengurusannya ?
Sosial ?
Runtuh. Longgar. Hancur.
Aku yakin bahawa semua orang pun tahu nak label dan describe apa nak jadi dengan negara kita.
As I always wandering around, talking with people about that and this. One of my friends said " Buat gapo caro ko politik, "
Ni aku nak jawab. Tahu tak apa itu C O M A N G G O ?
Kalau tak tahu sila tanya Sheikh Google. Beliau akan explain kepada anda.
Setiausaha Agung Malaysia, Alhamdolellah masih berfungsi dengan baik imannya dengan tegasnya tidak menandatangani kesemua 10 undang-undang yang telah dituntut oleh PBB kepada Malaysia supaya dimasukkan ke dalam perlembagaan.
Antaranya ?
Memberi pengiktirafan kepada golongan homoseksual dan biseksual,
Agama Islam tidak menjadi agama rasmi
Anda masih boleh berdiam diri ? Well seperti yang pernah kita semua tahu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengaku umat dan dilaknat oleh Allah S.W.T.
Iktibarnya kita dapat lihat daripada kisah kaum Nabi Lut iaitu kaum Sodom.
Nak kaitkan dengan peristiwa MH370 *Allahuakbar Innalillahi w innailaihi raajiuun
Apabila melihat USA agak terhegeh-hegeh ingin menghulurkan bantuan kepada Malaysia, agak suspicious bagi aku. Wallahua'lam.
Kadang-kadang kita perlu suuzon *bersangka buruk supaya kita sentiasa berwaspada kepada golongan kafir harbi (kafir yang memerangi umat Islam)
Sebenarnya apabila mereka ( USA) dah mula masuk ke perairan negara, confirm diorang sempat memorize kawasan yang diawasi dan short-cut untuk menyelit masuk ke negara kita. Lain kata diorang sempat buat research pasal jalan udara dan jalan air.
So aku tak hairan kalau US dah plot satu plan untuk Malaysia *If you know what I'm thinking
Jadi aku kejutkan diri sendiri supaya bangun daripada tidur yang lena, cakap kat empunya diri " Macam mana ye generasi muda yang akan datang,anak-anak aku, family dan kawan-kawan ? Masihkan mereka dapat mempraktikkan Islam tanpa ada halangan ? Silap-silap haribulan nyawa depa pun terancam. Oh tidak ! "
* To be continue
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara memilih blender yang tepat
Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...
-
Assalamualaikum. Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan k...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan na...