Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

Breathing somewhere in Konya

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdolellah, today I have finally come to an end of my first year as a university student. Since two days ago, I thought of writing about one of my 'virtual experience' in somewhere like Konya. (Well I can't really say it is but it seems so)

Actually, on this 18-24 August, Insha Allah there will be another International Youth Gathering that will be held in Ankara-Konya. The moment that I recalled name of 'Konya', it felt really familiar.

A fine morning, scenery of craggy rocks with murky clouds of dim azulejo. But, still there was stray bright sunlight penetrating the atmosphere that it reached the floor of this old-residency of living things, the Earth. Fresh smell of dews from the ground showed that it was in  very early morning that they still not dry. While I was wearing a long dark shirt, embraced myself with a light tone, thick winter coat and dull colour of blue jeans. Sporty shoes and in that short 'virtual experience', I looked very adventurous, simple and full of positive vibes.

I went to stroll around and coincidentally saw a working, an independent bay-coloured coffee shop behind the rocks which as huge as a statue. The atmosphere was classic and the decoration itself looked ancient and antique. Old but still nice. The coffee aroma dominated, adhere to every corners of the shop. So, I went in to try for some coffee that had really good scent.

Sipping mall cup of bitter coffee, strong enough to make me awake for the whole day.  whilst glancing  beautiful morning rays showered the view of craggy rocks, that was so breathtaking !

I found this pic on Google search engine and that was so close. Here it is, almost the same view with my 'virtual experience'.

Looking forward to be there one day soon, Insha Allah. Allahumma Aamiin. :)



Wednesday, 17 February 2016

Aktiviti Sepanjang Cuti Semester 1

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdolellah, ada internet, ada ruang, ada kesempatan dan juga semangat datang menerpa. Malam ini saya menerima makluman daripada Rayani Air bahawa penerbangan pada hari sabtu ini ditunda ke jam 2210, nanti sampai waktu tengah malam la. Alamak.
Mohon didoakan perjalanannya. Insha Allah.

Kesan kopi yang diminum petang tadi membuatkan mata tidak kuyu, tidak mahu terlelap juga walaupun disuruhnya. Teringat bahawa kopi sebenarnya merupakan minuman yang popular di kalangan ahli sufi dan para ilmuwan Islam.
Baiklah, kembali kepada tujuan utama saya menyapu blog yang sudah berhabuk ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang 'Bulan Kempen Menulis'. *Sedikit sarkastik tajuknya.
Terima kasih abang Radzi kerana mengetag poster di FB yang tercoret nasihat yang berbunyi
''Duhai Perempuan, Menulislah Agar Engkau Semakin Cantik"
Ah, lansung terinspirasi !

 Sebenarnya sangat ramai pendorong yang saya kira begitu bersungguh-sungguh mengajak supaya kita sentiasa hidup dalam budaya ilmu dan menulis.

Saya teringat pada kesempatan lalu ketika membawa Kak Eisma ke Pondok Pasir Tumboh untuk membantu penulisan thesis beliau dalam pengajian tahun terakhir bagi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin.
Ustazah Hidayah ada memetik kata-kata yang mengatakan bahawa Ilmu itu ibarat haiwan buas, jika tidak ditambat, maka terlepaslah. Cara mengikat ilmu adalah dengan menulis.
Lagi, Datuk Jaafar Rahim yang dikenali sebagai Edward De Bono Malaysia juga banyak memberi pesan tentang menulis kepada saya dan sahabat-sahabat yang telah berkunjung ke teratak beliau yang terletak di Ampang. Di lapangan aktivis pula, abang Afif iaitu Presiden PPIK, sentiasa mengingatkan tentang pentingnya menulis, terutamanya supaya menyiapkan laporan setiap aktiviti yang dilakukan. Atau secara ringkasnya kita kenali dengan proses pendokumentasian di mana proses ini sangat penting, untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Pendokumentasian juga merupakan perkara wajib dalam sesebuah gerakan kerana apabila ada pergerakan, pasti ada acara yang signifikan yang mesti kita ketahui. Saya juga sentiasa dipesan supaya sentiasa pantas dalam gerak pendokumentasian dan juga boleh mengambil contoh melihat aktivis Indonesia yang cukup-cukup cekap berkenaan penulisan.
Pantas itu bagus, tetapi kualiti juga mesti diambil kira. Juga untuk menjadi secekap itu memerlukan usaha yang konsisten. Apabila sudah terbiasa, pasti kita juga mampu menulis dengan bagus. Pantas dan cekap menulis penulisan yang bermutu. Kita juga harus mampu membezakan antara pantas dan tergesa-gesa. Itu merupakan sesuatu perkara yang sangat berbeza sebenarnya.

Sepanjang cuti semester 1 ini, antara aktiviti-aktiviti sepanjang sebulan cuti :
1- Terlibat dengan Program Perkampungan Menara Gading Kelantan 2016 (PMGKel16') sebagai urusetia
2- Rihlah Ilmiah 1.0
3- PPIK All Day Out 1.0
4- Menjadi pemandu pelancong kepada Kak Eisma Adiba selama 3 hari 2 malam
5- Menyertai Muzakarah Penyelarasan Dakwah Peringkat Negeri Kelantan anjuran YADIM, sebagai wakil PPIK, yang juga termasuk dalam aktiviti Internship PPIK.
6- Rihlah Ilmiah 2.0
7- Usrah Umum PPIK yang bertajuk Peranan NGO Dalam Sosio-Politik Turki
8- Combat Archery di Min Camp House, Kubang Kerian. (Walaupun, main Static Archery je)


Insha Allah, jika berkesempatan saya akan menyambung cerita nya.

Monday, 31 March 2014

Recall moments when I was in MTS

Bismillahirrahmaanirrahiim

31 March 2014
Masha Allah, sungguh cepat masa berlalu.
Maka umur semakin meningkat, mati pun semakin menghampiri. Adakah amalan kita semakin meningkat ?

Dah hampir 3 bulan aku menjadi graduan daripada Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.



This is my school. Oh rindukan tarbiah di sana.

Siapa yang mentarbiah ?
Kawan-kawan
Guru-guru

Feeling like crying now. Kalau Allah tak kirim mereka untuk support aku sepanjang berada di sana, tiadalah aku yang sekarang.
Dan sepanjang 3 bulan ni jugalah aku mula merasa kosong, lemah. Why ? Ianya fakta bahawa seorang muslim perlu hidup berjemaah.
Tak percaya ? Silalah asingkan diri ke benua Antartika kalau anda tidak pernah merasainya.

Sahabat-sahabat.
I shed my tears alone now without you.
Missing the pieces of my life.
Now my puzzle is not complete. Broken.
Why ?
When I am totally being wistful, you come and arousing the situation that makes me become turgid to stand again. Tough enough to pursue my pace. 



Bila aku malas murajaah, datang teman-teman seperjuangan dan tepuk bahu
 " Piqah, kata nak majukan Islam, nak jadi hamba yang solehah ? "
" Piqah, quran ni amanah kita. Esok-esok nak dia berhujah untuk kita atau berhujah ke atas kita ? "
" Chaiyok ! Chaiyok ! Semangat piqah "

Maha Suci Allah yang melindungi aku, yang membangunkan aku, yang melindungi aku daripada  makhluk yang membisikkan kejahatan kepada hambaNya.

Perkara yang paling obvious yang aku rasa kehilangan ialah suasana alQuran. Allahu, bertalu-talu ujian di luar sana.
Sungguh, kekuatan itu suatu anugerah.

 Ya Allah kami memerlukan kekuatan untuk menepis semua ini. Jadikan kami seorang hamba yang tegar untuk sentiasa menjaga hafazan kami.
Jadikanlah kami termasuk golongan yang beramal dengan alQuran, lidah sentiasa dibasahi dengan alunannya. Jiwa dan ingatan kami sentiasa terikat padanya.
Mudah-mudahan itu dapat menjadi medium agar kami dicintai oleh Allah dan para Rasulnya.

Allahumma Aamiin thumma Aamiin.


Saat aku kecewa, terfikir apa yang akan jadi dengan dunia. Gaza dan Syria menangis. Mesir ardhul kinanah pula telah muncul firaun moden. Memandangkan aku suka berfikir dan tulis dalam buku nota aku yang bertimbun * I am a writer * tentang hasrat aku, impian aku.
Kawan aku pun menyapa

"Piqah, tulis apa tu," sambil tersenyum kepadaku beliau tarik kerusi dan duduk berhampiran denganku.

Then aku jawab " Perancangan hidup. But Allah is the best planner. Saya cuma plot. Semuanya bergantung kepada Allah ."

Jom, pergi UK. Pergilah ke mana-mana sahaja janji kerana Allah ta'ala. Aku ingin melata, aku ingin mendaki. ya Allah mudah-mudahan itu semua keranaMu.


* Untuk MTSBKB. Hangpa tidak dilupakan.
Terutamanya kawan-kawan yang pindah.
MRSM Ulul Albab, Imtiyaz, KISAS and so on. 


Apa itu Virtue Damsel ?
Ingin tahu ? Sila klik pada tulisan biru di atas.

Allah telah memberi ilham kepadaku.
Apa yang penting ? Progressing.
Usaha.

Please. Jebal. Por favor.
Dear umat Islam, wake up. Just wake up and walk out from your comfort zone.






Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...