Wednesday, 16 April 2014

PMGK 14' : Open Your Eyes, A meeting lillahi taala


Bismillahirrahmaanirrahiim

I'm back silent readers ! 
Kali ini saya bawakan kisah cinta kami di PMGK (Perkampungan Menara Gading Kebangsaan)

Rabu : 
Pagi tu aku dah bersiap-siap + packing barang untuk ke PMGK then meneruskan perjalanan ke KB bersama K. Nida a.k.a Saranghae Ukhti untuk mengunjungi peserta-peserta daripada Maahad Tarbiyah Diniah, Panchor sekaligus merangkap peserta teramai mewakili PPIK ke PMGK pada tahun ini. Clap Clap untuk antum semua ya  ^_^

Alhamdolellah sahabat-sahabat semuanya sihat dan bersemangat. 
Lebih kurang jam 10.30 malam kami pun berlepas ke Selangor dengan pesawat berkaki empat iaitu bas Persiaran Gunong.
Tempat berlepas adalah di hadapan pejabat PPIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Khamis :

Alhamdolellah kami selamat sampai ke destinasi iaitu bertempat di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor.
Cuba teka. Jeng jeng jeng. Kami lah kontijen terawal yang sampai ke lokasi program.
Sekitar 8.45 pagi kami sampai dan menjajah bumi yang indah ini. 
Tempatnya berhiaskan air sungai jernih yang mengalir laju, udaranya yang nyaman sehingga dapat dirasai kedinginannya di dalam kalbu.
Allahuakbar, Maha Suci Allah yang mempunyai sifat kesempurnaan, maha Suci Allah yang mencintai keindahan.

Tiba-tiba, Allah menguji kami dengan berbagai accomodations yang tak lengkap, ( tapi okay la, Alhamdolellah ) 
Why ? Then bila fikir balik, setakat kata ''Aku semangat nak datang program'', itu tak membuktikan apa-apa

احسب الناس ان يتركوا آمنا وهم لا يفتنون
Al-Ankabut : 2

Orang hebat ? Jangan pernah kita cakap ''Hebatnya dia, wah. Tak pe lah gifted"
Erk.
Pernah dengar 'from zero to hero' ?
Everyone from the start is zero. 
Tanyalah orang yang berjaya, tak ada punya yang jawab ''Memang senang untuk dapat apa yang aku telah berjaya capai" 
Jalan untuk dapat benda yang manis, sweet perlukan mujahadah beb. Tak ada yang senang.

So solusinya apa ? Ubah diri sendiri. Ubah cara dan ubah sikap.
Buat strategi (sambil-sambil tu sentiasalah mohon petunjuk daripada Allah)

Ok, Sambung balik cerita

Kami buat bulatan cinta sementara menunggu pendaftaran peserta. First kami buat gathering untuk peserta-peserta daripada Kelantan then disusuli peserta daripada kontijen lain. Alhamdolellah sempat buat intro kepada taaruf. ( Nampak sangat kena buat taaruf banyak kali, baru ingat)



yang ni pula masa kitorang visit UIA Gombak.
Tasks kitorang ?
Cari 5 local students and 5 international students
Masa untuk praktik speaking , Alhamdolellah semua okay. 




Malaysia, Bosnia and Sudan



Group 1 : Marmara University Faculty of Syariah

Khulasah PMGK 14' daripada Syafiqah Afandi :

1- Apabila kita bergelar muslim, sudah pasti kita bersaudara. Persaudaraan itu tiada gap. Tiada assabiyah selain untuk menguatkan umat Islam. Bukan assabiyah yang membawa kepada permusuhan. Jadi kita kena rajin bertegur sapa.

2- Berani mengutarakan pendapat : Why ? Bila kita ada ilmu, ilmu menjadi sebuah amanah dan amanah itu wajib disampaikan kepada orang lain. Silence is a betrayal.

3- Buang sifat selfish : Suapan pertama yang dipraktikkan ketika makan dalam talam. Apabila kita selalu mengutamakan orang lain, entah la. Allah hadirkan rasa nikmat dan bahagia apabila dapat berkorban. Satisfication is guaranteed, Insha Allah.

4- Tanam benih qanaah dan rendah diri.

5- Train diri supaya tepat pada waktu, membudayakan hidup dengan ilmu

6- Melalui program ini, dapat memahami masyarakat selain menyelami sifat setiap individu ( Alhamdolellah sepanjang program ni aku dapat buat observation dan analysis tentang physchology secara tak formal )


Okay, nampaknya BB gue mahu habis kuota dah. Sebab gambar yang lain tak boleh upload. Oh tidak. Tak apalah. Setakat ini sahaja perkongsian kita pada hari ini.
Sayonara ^^

May Allah bless us. 

Tuesday, 1 April 2014

Sakura

Bismillahirrahmaanirrahiim

1st of April 2014.
Shinjuku, Tokyo, Japan




Kiriman daripada seorang akak yang baru ku kenali setelah join ODOJ.
Apa itu ? ODOJ stand for One Day One Juzu'
Alhamdolellah ODOJ bergerak melalui group Whatsapp. Setiap group ada 30 orang qari/qariah.
Alhamdolellah juga melalui wasilah ini jugalah aku berjaya istiqamah baca sejuzu' sehari. Tak buat ? Malas ? Rasa macam memikul amanah. Nak tak nak aku kena baca jugak.
Alhamdolellah daripada terpaksa menjadi rutin. Ringan badan, at least usaha untuk ingat itu ada. Syukur sangat.

Okay sambung. Akak ni baru fly ke Jepun pada hari rabu lepas.
Beliau ambil course apa ? *Course Bahasa Jepun

Sebelum ke Jepun, beliau buat preparation dulu kat INTEC UiTM Shah Alam.
Sekarang beliau belajar di Tokyo Japanese Language Education Center, Jasso.

Woot woot. Teringin main salji dan snap gambar kat bawah pokok Sakura.
Peace.
Masha Allah, Allahuakbar.

London : Islamophobia. Kenapakah ?

Bismillahirrahmaanirrahiim

Tahukah apa itu Islamophobia ?
Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Sumber : Page Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

Istilah Islamophobia diperkenalkan pada tahun 1996 oleh Comissions on British Muslims and Islamophobia.

Pada tarikh 7 Julai 2005, empat letupan berlaku di stesen kereta api bawah tanah dan mengorbankan sekitar 56 orang manakala 700 penumpang lagi cedera.

Kejadian ini dipercayai telah dirancang oleh kumpulan alQaeda.
Selepas kejadian tersebut berlaku ramai penduduk Britain yang mula menjadi prejudis terhadap muslim di Britain. Kajian mendapati bahawa 63% penduduk Britain yang mempunyai Islamophobia.

Satu perkara yang aku teringin nak ulas, sama ada benar atau tidak kejadian ini dalangnya ialah sekumpulan muslim yang ekstrem jelas sekali kita dapat lihat bahawa personaliti seorang Islam membawa impak yang cukup besar kepada mereka yang tidak menganut Islam.

Tambah lagi dengan sekumpulan muslim yang bergerak secara besar-besaran di bandar London untuk menjayakan misi 'pencegahan maksiat'. Dah tu pula macam tengah buat rusuhan.
Aman ke macam tu ? Of course not !

Jadi aku nak tekankan bahawa kita sebagai seorang muslim kena jaga adab tambah-tambah lagi bila kita sedang menetap di negara yang minoritinya umat Islam.Realiti bahawa Islam dipandang melalui personaliti penganutnya.

Ni tak, apa yang aku selalu tengok, orang Islam sama-sama nak 'bash' satu sama lain. Rasa-rasanya orang bukan Islam boleh terima ke  kalau macam tu lah bawaan kita ? Reject !

Ceh. Kita ni baik sangat ke nak kata orang macam-macam ?

Cuba consider opinion orang lain. At least, kalau tak setuju tak perlu ditetak hati orang lain dengan kata-kata yang berapi. 
Kalau bab ilmu, dibolehkan seseorang untuk memperbetulkan kesalahan penerangan  di hadapan orang ramai bertujuan untuk membetulkannya dan mengelakkan orang lain daripada tersesat
Tapi haruslah berhikmah.

Tahukah sifat apakah itu ?      E G O.
Mohon letak bleach dekat hati. Buang kotoran degil macam tu sebelum kulat-kulat dapat tumbuh.

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”

Ingat, kita tak kenal orang lain sepertimana kita mengenali diri sendiri.
Sepatutnya kita berlumba-lumba untuk cantikkan akhlak dan peribadi diri bukannya sibuk mengorek keburukan orang lain.Kadang-kadang asal background kita yang terdiri daripada keluarga yang baik-baik membuatkan mata kita kabur
"Dia ni kan, perangai macam hape."
"Dia kan...."
Stop melabelkan orang.Mungkin mereka tidak tahu atau jahil.Mungkin mereka tidak diajar seperti kita.     Mungkin...
ya, banyak kemungkinan.
Semaksimum mungkin, Cubalah kita untuk husnuddzon ( bersangka baik ) kepada orang lain.Sekurang-kurangnya usaha itu ada.Itulah sebab kita kena ada sifat keterbukaan yang syari'e. Terutamanya kepada non-muslim.Hikmah itu sentiasa bersinar, cuma kita yang padamkan sinarannya dengan ego dan kesombongan.



Smile, It's a Sunnah   C:


Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...