Pengalaman Buka Akaun Semasa (Current account-i) Di Hong Leong Islamic Bank untuk Pemilikan Sole Proprietor
Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok.
Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya.
Setelah Borang D sudah tersedia,
1. Layari laman sesawang ini,
https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment
Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang,
Nota tepi:
A. kita orang Islam pilih akaun Islamic,
B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda.
Setelah selesai mengisi permohonan di atas talian, tekan hantar. Tunggu sehingga anda mendapat panggilan dari cawangan terdekat. Kalau pengalaman saya, pagi ni isi borang permohonan secara dalam talian, dalam 30 minit selepas proses tersebut, terus wakil cawangan terdekat ada hubungi saya.
Setelah anda mendapat panggilan dari cawangan Hong Leong terdekat, ini adalah dua perkara yang anda boleh muat turun terlebih dahulu menggunakan wifi rumah anda bagi mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter, terutamanya kalau talian data anda tidak stabil dan terhad.
2. Buka App Store (iOS) atau Play Store (Android).
3. Cari dan muat turun 'HLB Connect Mobile Banking' dan 'HLB BizBuddy'. Pendaftaran selanjutnya hanya akan boleh diselesaikan setelah pengesahan cap jari, dan tandatangan di lakukan di kaunter. Jangan lupa bawa semua dokumen yang mengesahkan pendaftaran SSM anda seperti Borang A dan Borang D.
4. Setelah hadir ke cawangan terdekat anda, boleh minta nombor giliran untuk buka akaun current. Sediakan kad pengenalan siap-siap untuk diberikan kepada petugas di kaunter.
5. Kalau anda tiada personal account dengan Hong Leong, mereka akan buka account ini terlebih dahulu, kemudian baru akaun perniagaan kita. Nanti sign up, sediakan id dan password. Password Hong Leong tak boleh ada special case.
Tadi saya sudah bawa cop SSM sendiri sekiranya saya perlu cop borang untuk pendaftaran akaun perniagaan, tapi tak digunakan pun.
Nanti bila kita sudah selesai sign up, apabila sign in HLB Connect, kita akan boleh lihat ada dua buah paparan di situ, iaitu akaun peribadi dan perniagaan kita.
Manakala HLB BizBuddy ni untuk kita semak wang yang diterima apabila pelanggan/klien scan QR code akaun perniagaan. Nanti kita akan dapat salinan QR code fizikal yang akan dipos oleh Hong Leong ke alamat kita.
Kita juga akan mendapat dua kad bank, setiap satu untuk akaun yang kita telah daftar tadi. Yang saya paling terkejut adalah, untuk pendaftaran akaun perniagaan sole proprietor, hanya memerlukan deposit seminima RM50. Amaun deposit ke akaun peribadi juga adalah sebanyak RM50 sahaja.
Tapi tadi saya ada dapat hadiah sempena pembukaan akaun Islamic pada hari ini. Syaratnya adalah deposit sebanyak RM100 untuk setiap akaun. Cuba teka apa yang saya dapat? Jeng jeng jeng.
Tote bag dan voucher KFC.
Staf Hong Leong yang menguruskan transaksi saya tadi menghulurkan hadiah ini sambil tersipu malu. "Sorry ya Puan untuk voucher ni. Kami pun dapat dari KFC ni." Yang faham tu faham lah ya. Bagus staf ni sebab dia cakna dengan sentimen masyarakat sekarang.
Saya yakin kebanyakan orang nak kurangkan masa perlu hadir dan berurusan di kaunter. Boleh jadi atas faktor sibuk, isu parking, dan trafik. Jika boleh selesaikan urusan di hujung jari, kenapa tidak kan?
Comments
Post a Comment