Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Namun bagi saya sebagai seorang mahasiswi, berbelanja terlalu banyak untuk penampilan itu bukanlah prioriti saya sekarang, lebih-lebih lagi sebagai seorang penuntut ilmu. Fasa ini, saya masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap dan juga wang yang saya perolehi kebanyakannya adalah amanah untuk membantu mempermudahkan proses menuntut ilmu. Saya tidak boleh berbelanja sesuka hati saya kerana keberkatan akan hilang. Implikasinya, semua yang dilakukan saya akan menjadi serba tidak kena. Nauzubillah.
Ilmu yang diperolehi daripada membaca buku juga merupakan aset sepanjang umur kita yang tidak akan ada orang yang boleh merampasnya daripada kita kecuali Allah S.W.T sendiri yang berkehendak sedemikian rupa. Kita mesti ingat bahawa kita adalah orang yang akan sentiasa berhutang dengan Allah, hatta ilmu itu sendiri adalah pinjaman daripadaNya.
Pada satu ketika, saya telah memborong buku dengan sebegitu banyak sehingga saya tidak mampu menghabiskan pembacaan dalam tempoh masa yang pendek. Lalu, saya susun buku-buku yang masih belum dibaca di rak yang berada dalam bilik tidur. Sungguh hari berlalu dengan sebegitu pantas di mana saya perlu kembali meneruskan pengajian di universiti. Pengakhirannya adalah saya terpaksa meninggalkan buku-buku tersebut untuk mengurangkan berat beg baju.
Melalui buku-buku Prof al-Attas dan
pelajar-pelajarnya juga banyak memberi kesedaran kepada saya, banyak perkara
yang sudah bobrok di dalam dunia ini. Dunia ini telah dihiasi oleh sekularisme
dan pandang alam Barat yang menolak aspek metafizik. Insitusi asas dalam
sesebuah tamadun iaitu aspek kekeluargaan sudah hilang maknanya. Feminism di
Barat menuntut kepada kebebasan dalam perhubungan seksual, menolak perkahwinan,
mengiktiraf golongan LGBT. Mana mungkin sesebuah tamadun dapat dibina apabila moraliti
dan akhlak masyarakat terkubur di mana tamadun juga membawa maksud membuka Bandar
dan memperhalus budi pekerti. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh ‘Deconsecration of Value’ yang merupakan
antara 3 komponen integral sekuralisme yang disebut oleh Prof S.M.N. al-Attas
dalam Prolegomena.
Demikianlah begitu luasnya pembacaan dapat membuka minda dan mata hati saya. Lihatlah wahyu pertama yang turun adalah suruhan untuk membaca. Iqra’. Kita tidak mempunyai cara lain untuk keluar daripada kejahilan, melainkan melalui jalan budaya ilmu.
Pesanan saya yang terakhir, jangan pula kerana terlalu semangat untuk membaca, kita membaca apa saja yang tertera di laman sesawang. Sebelum itu kita mestilah memastikan bahan yang dibaca adalah merupakan bahan yang benar sumbernya, bagus kandungannya dan apa yang paling penting, adakah perlu untuk kita membacanya.
Bismillah.
Saya masih ingat akan pertanyaan seseorang kepada saya. “Kenapa
suka baca buku”.
Jawapannya adalah kerana ‘Curiosity’. Saya suka memenuhi dan menjawab persoalan yang dicetuskan oleh diri sendiri. Sebenarnya bagi saya hobi membaca ini merupakan sebuah permainan puzzle. Ibarat saya sedang menyelesaikan misteri kehidupan yang saya temui cebisannya, sedikit demi sedikit. Bingkai itu tidak akan pernah sempurna sehingga sampai waktunya untuk saya kembali kepada Pencipta.

Saya juga lebih banyak menghabiskan wang dengan melakukan pembelian buku
melebihi pembelian untuk fesyen. Normal kalau seorang manusia suka akan
keindahan (saya refer kepada fesyen), tetapi perlu kita tahu adakah perlu saya
membeli itu ini, apakah dengan berbelanja wang sebanyak ini saya dapat
meningkatkan rasa syukur, atau lebih kepada membawa saya kepada kekufuran.
Setiap kali saya ingin berbelanja untuk keinginan, itulah persoalan yang selalu
dilontarkan kepada diri sendiri supaya sentiasa berhemat apabila melibatkan
urusan jual beli kerana setiap daripada
harta kita kelak akan dihisab. Walaupun begitu, berbelanja dalam bab fesyen
juga perlu sekali sekala sebagai hadiah untuk diri sendiri.
Namun bagi saya sebagai seorang mahasiswi, berbelanja terlalu banyak untuk penampilan itu bukanlah prioriti saya sekarang, lebih-lebih lagi sebagai seorang penuntut ilmu. Fasa ini, saya masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap dan juga wang yang saya perolehi kebanyakannya adalah amanah untuk membantu mempermudahkan proses menuntut ilmu. Saya tidak boleh berbelanja sesuka hati saya kerana keberkatan akan hilang. Implikasinya, semua yang dilakukan saya akan menjadi serba tidak kena. Nauzubillah.
Ilmu yang diperolehi daripada membaca buku juga merupakan aset sepanjang umur kita yang tidak akan ada orang yang boleh merampasnya daripada kita kecuali Allah S.W.T sendiri yang berkehendak sedemikian rupa. Kita mesti ingat bahawa kita adalah orang yang akan sentiasa berhutang dengan Allah, hatta ilmu itu sendiri adalah pinjaman daripadaNya.
Pada satu ketika, saya telah memborong buku dengan sebegitu banyak sehingga saya tidak mampu menghabiskan pembacaan dalam tempoh masa yang pendek. Lalu, saya susun buku-buku yang masih belum dibaca di rak yang berada dalam bilik tidur. Sungguh hari berlalu dengan sebegitu pantas di mana saya perlu kembali meneruskan pengajian di universiti. Pengakhirannya adalah saya terpaksa meninggalkan buku-buku tersebut untuk mengurangkan berat beg baju.
Waktu cuti semester, saya akan cuba meluangkan masa dengan
membelek-belek kembali buku yang masih belum dibaca. Ternyata tepat pada
waktunya, saya memerlukan buku itu untuk dijadikan rujukan. Jadi kepada mereka
yang selalu membuat timbunan buku-buku yang masih belum dibaca, jangan risau,
anda akan membacanya tepat pada waktunya. Yakinlah !
Buku-buku saya menjadi alat supaya pahala dapat mengalir
kepada saya dengan memberi pinjam kepada orang lain.
Antara sebab yang lain adalah saya tidak perlu melata ke merata-rata tempat untuk memahami bagaimana dunia ini beroperasi, daripada aspek ghaib sehingga merangkumi aspek keduniaan (ilmu fardhu kifayah). Saya juga dapat membesar menjadi seorang yang matang dengan mengambil iktibar dengan pengalaman kehidupan tokoh-tokoh. Ini sekaligus dapat mengurangkan ralat dan tersiap langkah dalam kehidupan. Masa dapat dioptimumkan dengan melakukan pilihan dan tindakan yang tepat.
Lama-kelamaan apabila berkecimpung dengan hobi membaca, membuatkan saya yakin bahawa jalan menuntut ilmu tidak semestinya melalui proses pendidikan yang formal seperti pembelajaran teori. Ramai yang memandang enteng akan institusi vokasional yang merupakan pendidikan dalam bentuk kemahiran, padahal jika kita lihat, bagaimana kita hendak menyantuni zaman ini adalah dengan mempunyai banyak kemahiran terutamanya kemahiran untuk membaiki barangan eletronik yang rosak. Saya mula menyedari kepentingan institusi pondok bagi melahirkan seorang Muslim yang mempunyai asas kefahaman tentang Islam secara mendalam dan holistik. Saya masih ingat Kak Eisma pernah menceritakan kepada saya perihal Dr. Afifi al-Akiti yang merupakan contoh yang tepat, membuktikan bahawa seseorang mampu berjaya walaupun tidak mempunyai sebarang sijil pengajian di ijazah apatah lagi untuk memegang sijil master, tetapi kerana kehebatannya sebagai seorang ilmuwan itu terserlah, Oxford malah menawarkan tempat kepada beliau untuk terus menyiapkan PhD nya. Jadi kita sebagai seorang Islam yang beriman, tidak sepatutnya hilang tawakkal kepada rezeki yang akan dikurniakan Allah S.W.T terutamanya apabila kita melalui jalan perjuangan yang telah dijanjikan ganjarannya adalah syurga.
Antara sebab yang lain adalah saya tidak perlu melata ke merata-rata tempat untuk memahami bagaimana dunia ini beroperasi, daripada aspek ghaib sehingga merangkumi aspek keduniaan (ilmu fardhu kifayah). Saya juga dapat membesar menjadi seorang yang matang dengan mengambil iktibar dengan pengalaman kehidupan tokoh-tokoh. Ini sekaligus dapat mengurangkan ralat dan tersiap langkah dalam kehidupan. Masa dapat dioptimumkan dengan melakukan pilihan dan tindakan yang tepat.
Lama-kelamaan apabila berkecimpung dengan hobi membaca, membuatkan saya yakin bahawa jalan menuntut ilmu tidak semestinya melalui proses pendidikan yang formal seperti pembelajaran teori. Ramai yang memandang enteng akan institusi vokasional yang merupakan pendidikan dalam bentuk kemahiran, padahal jika kita lihat, bagaimana kita hendak menyantuni zaman ini adalah dengan mempunyai banyak kemahiran terutamanya kemahiran untuk membaiki barangan eletronik yang rosak. Saya mula menyedari kepentingan institusi pondok bagi melahirkan seorang Muslim yang mempunyai asas kefahaman tentang Islam secara mendalam dan holistik. Saya masih ingat Kak Eisma pernah menceritakan kepada saya perihal Dr. Afifi al-Akiti yang merupakan contoh yang tepat, membuktikan bahawa seseorang mampu berjaya walaupun tidak mempunyai sebarang sijil pengajian di ijazah apatah lagi untuk memegang sijil master, tetapi kerana kehebatannya sebagai seorang ilmuwan itu terserlah, Oxford malah menawarkan tempat kepada beliau untuk terus menyiapkan PhD nya. Jadi kita sebagai seorang Islam yang beriman, tidak sepatutnya hilang tawakkal kepada rezeki yang akan dikurniakan Allah S.W.T terutamanya apabila kita melalui jalan perjuangan yang telah dijanjikan ganjarannya adalah syurga.
Demikianlah begitu luasnya pembacaan dapat membuka minda dan mata hati saya. Lihatlah wahyu pertama yang turun adalah suruhan untuk membaca. Iqra’. Kita tidak mempunyai cara lain untuk keluar daripada kejahilan, melainkan melalui jalan budaya ilmu.
Pesanan saya yang terakhir, jangan pula kerana terlalu semangat untuk membaca, kita membaca apa saja yang tertera di laman sesawang. Sebelum itu kita mestilah memastikan bahan yang dibaca adalah merupakan bahan yang benar sumbernya, bagus kandungannya dan apa yang paling penting, adakah perlu untuk kita membacanya.
Comments
Post a Comment