Monday, 20 June 2016

Borang kaji selidik berkenaan Pendedahan tentang Islamic Worldview di kalangan mahasiswa-mahasiswi USIM

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdolellah, selesai sudah paper kedua terakhir saya pada sem ini.

Semalam jam 3.00 pagi, saya telah disuntik kembali dengan  pesanan para senior PPIK berkenaan kelansungan aktivisme terutamanya dalam niche intelektualisme.
Kerana saya sudah merasakan peritnya mempunyai pelbagai persoalan yang tidak mampu dijawab oleh rakan-rakan di USIM, kata mereka, saya memerlukan guru untuk memandu dan menjawab getusan-getusan dhihin ini.

Makanya, ini saya bawakan borang kaji selidik untuk mengetahui sejauh mana pendedahan Islamic Worldview di kalangan mahasiswa-mahasiswi USIM, iaitu tempat di mana saya sendiri melanjutkan pelajaran. Aspek ini cukup penting untuk difahami secara fardhiyyah kerana pengajian berkenaan Pandang Alam Islam ini luas dan menyediakan asas faham agama yang kukuh bagi melahirkan seorang Muslim yang teguh jati dirinya, tajam aqalnya dan bebas daripada tempias-tempias sekularisme.

Para pembaca yang dirahmati Allah boleh klik pada link di bawah untuk menjawab borang kaji selidik tersebut : Saya ulang, borang ini hanya khusus untuk pelajar USIM sahaja.
https://drive.google.com/open?id=1t2TckiaBmuJc-8AAEdMB7FVYnBqhp8pz_XoOQMDCSk0

Bantu saya untuk bantu anda.
Terima kasih dan selamat berpuasa :)
Jazakumullah khairan kasira


No comments:

Post a Comment

Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...