Bismillah.
*Posting asal daripada Instagram saya.
Terbaca satu posting di FB, di mana kebiasaan nya wanita yang pemikirannya berlaras tinggi, kahwin lewat. Ada juga pernah terbaca artikel yang ditulis oleh seorang pakar psychiatrist tapi terlupa nama penulisnya.
My personal opinion la, mereka ni golongan yg memilih utk tidak bergelut dengan emosi terhadap lelaki sehingga selesai 'penerokaannya'. Ada juga yg takut kecewa lepas tu burn out. Kesimpulannya, mereka ini sukakan hubungan yg serius, no play-play lah. Kalau nak main-main, pergi jauh-jauh lah ya. Mereka mementingkan kualiti pada diri dan juga orang yg akan jadi pasangannya. *kualiti paling penting khatam semua bab ilmu Fardhu 'Ain lah demi keharmonian rumah tangga Insha Allah
Golongan ini jg sgt menghargai diri sendiri sehinggakan mereka m'jadi agak selective.
Perkara yg suka utk saya highlightkan di sini, pertamanya apa yg kita harapkan dari perkahwinan? If you're just expecting sweet stuff after all then you're abolishing the sacredness of marriage meaning (kesucian makna rumahtangga). Kahwin untuk expand kan lagi support system dengan penyatuan dua keluarga dan akan berkembang lagi. Pada akhirnya menjadi support system utk masyarakat, sekaligus membentuk tamadun. Unit-unit kecil ini lah yang akan memberi kesan kepada pembinaan sesebuah masyarakat.
Maka disebabkan ini, siapa kata bina keluarga ni benda yg main-main ? Ohoo. Perlu persediaan mental dan fizikal dan mohon matang terutamanya bila nak 'fefeeling' ni. Jadi, apa salahnya kalau golongan wanita ini mahu memastikan mereka sudah punya essential quality sebelum menjadi isteri dan seterusnya seorang ibu kepada anaknya. Mereka bimbang akan berlaku zalim seandainya diri pada awal hari lagi sudah terlibat dengan gejala cinta yang tidak jelas hala tujunya. Tahu dan sedar akan tanggungjawab yg akan digenggam pada kemudian hari.
Pada akhirnya kita melihat pembinaan tamadun yang baik ini untuk siapa? Utk diri sendiri dan tak lain tak bukan adalah untuk Tuhan kita. Maka selesai salah satu tugas selaku khalifah yang telah lahir di muka bumi ini.
Makanya sedarilah bahawa apa yg lebih penting adalah perkara yg boleh selamatkan kita di dunia akhirat iaitu ilmu yg bermanfaat dan amal soleh
Wallahua'lam
Wednesday, 28 December 2016
Tuesday, 20 December 2016
Pesan Syeikh
Bismillah
Teringat setiap kali di dalam kelas, Syeikh selalu ulang “Jangan kamu membuang
waktu, hidup kita di dunia tidak lama”. Lalu dibuat perbandingan akan tempoh
masa kita hidup dengan waktu kita di dalam kubur dan di hari akhirat. Tempoh
kita di dunia ini tidak sampai 1% pun daripada jumlah hari pada hari
kebangkitan itu.
Dek kerana nasihat itu tidak pernah lekang daripada bibir
seorang Guru, maka apa yang membuat aku berfikir adalah bagaimana waktu itu
mahu dimanfaatkan dengan sebenar-benarnya?
Sepanjang tempoh 20 tahun ruh ini bersatu dengan jasad kecil
ini, apa yang aku kenal akan diri ini adalah seorang yang mudah dialih
perhatiannya. Ya, aku spesis homosapien yang tidak tahu duduk diam, terutamanya
akalnya. Ada saja yang mahu difikirkan. Kerana aku juga seorang manusia biasa, kadang-kadang
ada waktu di mana aku culas hatta dalam urusan seharian. Kadang-kadang keinginan
mahu menonton filem atau drama secara berterusan itu datang membuak-buak.
Lalu aku diilhamkan dengan satu cara ringkas yang berbunyi “Kalau
ada keinginan untuk melakukan perkara sia-sia, cepat-cepatlah kamu berlalu memberi
pertolongan kepada orang lain. Walaupun
kebaikan itu kecil menurutmu.”
Aku mendapati itu banyak membantu, malah bahagia itu lebih
bersifat hakiki berbanding dengan keseronokan daripada hiburan kosong. Bahagia
kerana kau berjaya lepas daripada cengkaman nafsu sendiri, bebas melakukan
ketaatan tanpa rasa terbeban.
Dalam kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswi, aku juga
tidak terlepas daripada dihujani dengan assignment, presentation, quiz dan
test. Kebanyakan waktu nya, jiwa ini bergelumang dalam diam, meronta
liar. Sejujurnya kalau aku membuat ulangkaji untuk subjek teras, seolah olah
aku sedang cuba menghafal SOP. Seringkali terpalit di benak sendiri, aku
mahunya apa. Hafal tidak mahu, baca pun tidak mahu. Eh malah perginya membaca
buku lain. Degil amat! Pada masa yang sama, kerana tidak tahan menahan penangan
jiwa bergelora, ada satu tempat di mana jiwa aku dirawat. Nafsu dididik dengan
mudah kerana aku meyakini itu semua kerana ada keberkatan pada tempat tersebut.
Namanya Baitul Huda. Tempat di mana orang mencedok pelita yang telah sirna
daripada kebanyakan jiwa umat Islam. Pelita inilah yang sesungguhnya menjadi
punca kekuatan umat, pada suatu masa dahulu. Pelita itu adalah Ilmu-Ilmu
Tradisi Islam. Kamu silap besar kerana memandang enteng akan pengajian seperti
ini. Aku sendiri mulai menyedari
kepentingan semua ini setelah kehidupan dilanda konflik.
Maka setelah itu
aku mengganggap bahawa setiap tribulasi itu rahmat. Untuk sosok degil
seperti aku, memang selayaknya diajar dengan kesusahan. Analoginya seperti
sebuah pokok di mana aku harus terlebih dahulu patah jiwanya, dibaja akar jati diri dengan baja ilmu yang benar. Aku
akan terus patah sehingga ranting jiwa yang tumbuh itu merupakan ranting yang
terbaik lalu menumbuhkan bunga-bunga yang indah. Ditampar realiti, aku bangun menyedari bahawa
dunia ini adalah khayalan. Tidak hakiki. Yang aku tahu, kita ini khayal dek
kerana mabuk dengan segala prasarana ciptaan Tuhan. Ubat kepada mabuk itu hanya
ada pada ilmu-ilmu Islam. Tiada pada yang lain bahkan kalau ditawarkan juga
ubatnya daripada segenap yang lain, itu adalah lebih memabukkan. Kamu harus
tahu bahawa punca segala kerosakan di dunia ini adalah kerana manusia itu tidak
arif akan siapa PenciptaNya. Maka, rasa takut itu sedikit pun tidak tersemat di
dalam hati ketika melakukan kezaliman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara memilih blender yang tepat
Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...

-
Assalamualaikum. Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed...
-
Assalamualaikum. Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan k...