Bismillah. Universiti ketika dahulu itu menjadi pujaan ramai anak muda. Begitu ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat demi menuntut ilmu. Namun, dewasa kini selalu jugalah saya ternampak troll yang berbunyi sarkastik, menyaksikan betapa mahasiswa sekarang adalah mahasiswa yang stress. Kenapa? Kebanyakannya sering menanti hari cuti, walaupun baru seminggu mendaftar semester. Menanti untuk melepaskan lelah pada hujung minggu. Bagaimana ini boleh berlaku? Sepatutnya apabila mahasiswa menghadirkan diri ke kuliah, jiwa mereka turut hadir bersama. Rasa teruja ingin tahu, itu adalah permulaan ke arah melahirkan seorang ilmuwan yang berkualiti. Sudah terhapus kah rasa ingin tahu itu? Apa ianya sudah mati? Apakah falsafah pendidikan kita? Dan kalau sikap ingin tahu itu masih hidup, adakah ianya terpandu selari dengan tujuan asal pendidikan dalam Islam? dan untuk apa kita belajar sebenarnya? Itu adalah persoalan yang wajib setiap individu tanyakan pada diri sendiri. Perka