Skip to main content

Pendidikan dan Universiti yang telah Kehilangan Maknanya P1

Bismillah.

Universiti ketika dahulu itu menjadi pujaan ramai anak muda. Begitu ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat demi menuntut ilmu.
Namun, dewasa kini selalu jugalah saya ternampak troll yang berbunyi sarkastik, menyaksikan betapa mahasiswa sekarang adalah mahasiswa yang stress. Kenapa? Kebanyakannya sering menanti hari cuti, walaupun baru seminggu mendaftar semester.  Menanti untuk melepaskan lelah pada hujung minggu. Bagaimana ini boleh berlaku? Sepatutnya apabila mahasiswa menghadirkan diri ke kuliah, jiwa mereka turut hadir bersama. Rasa teruja ingin tahu, itu adalah permulaan ke arah melahirkan seorang ilmuwan yang berkualiti.

Sudah terhapus kah rasa ingin tahu itu? Apa ianya sudah mati?
Apakah falsafah pendidikan kita?
Dan kalau sikap ingin tahu itu masih hidup, adakah ianya terpandu selari dengan tujuan asal pendidikan dalam Islam? 
dan untuk apa kita belajar sebenarnya?

Itu adalah persoalan yang wajib setiap individu tanyakan pada diri sendiri. Perkara paling utama adalah memastikan kita jelas dengan persoalan ini terlebih dahulu sebelum kita terjun membincangkan sistem.

Sistem terbina kerana adanya individu. Sekumpulan individu kemudiannya membentuk sebuah organisasi. Dan sebuah organisasi inilah yang berbincang dan merangka sebuah sistem. Pendek kata, segala-galanya bermula dengan individu. Maka sebelum kita cantas apa jua sistem yang sedia ada, kita hendaklah berlaku adil dengan mengukur asas faham kita tentang pendidikan.

Menyentuh perihal sistem, ada apa dengan sistem pendidikan kini, khususnya di Malaysia?
Lambakan subjek-subjek yang dimuat masuk ke dalam jadual pelajar dek kerana mengejar standard, mahu meningkatkan 'kompetensi' pelajar di alam pekerjaan. Ya benar, dunia yang menekan kita. Mahu atau tidak terpaksa kita akui bahawa kita turut sama terheret ke dalam arus modenisasi. Semuanya mahu cepat dan segera.

Namun, sedarkah kita dalam sibuk mengejar semua itu, ada sesuatu yang kita tercicir. Iaitu proses mematangkan ilmu.

Universiti juga semakin lama semakin kehilangan ruh nya. Ada bahagian yang lompong, tetapi di mana? 

Saya tinggalkan kalian dengan persoalan ini.



BT3.8, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM
Jam 8.07 malam




Comments

Popular posts from this blog

Ruqyah and What Western Says

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t   I would like to share my part of writing for English subject. So here is it :            Ruqyah is a word in Arabic with meaning “spell, charm and incantation”. It also brings meaning of enchanting, bewitching, or of being armed against baleful, maleficience or sorcery. In Muslim world, Ruqyah is another type of Exorcism that Muslims conduct. It is   the recitation of specific and choosen al-Quran verses, a method of supplication and rememberance to treat sickness especially ailments that are related to mental illness, djin affliction, devil’s eyes, black magic and possession.             Nowadays, Ruqyah treatment is an alternative for modern medical if the patients that are being treated, have a normal diagnosis result but they are actually very sick. We can see this is being applied in Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian campus, or well...

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum.  Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020.  1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh  Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019).  Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC.  2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia ber...

Review Wired earphone: Edifier P180 plus dan Sony MDR-XB55AP Extra Bass

 Assalamualaikum. Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan kat sini sebab susah betul nak jumpa orang review produk yang sedia ada dalam pasaran tempatan.  Beli kat Shopee je tapi pastikan pembelian dilakukan di kedai rasmi, dan ada waranti. Semak review orang juga supaya kita tak terbeli produk tiruan.  Saya lebih suka beli earphone yang berwayar disebabkan saya rasa extension di rumah pun sudah penuh dengan pelbagai jenis wayar. Jadi saya rasa earphone berwayar lebih memudahkan sebab saya tak perlu tunggu kena cas bateri dulu. Lagipula saya pernah ada pengalaman sambungan microphone (pembesar suara) yang tak stabil ketika menggunakan earbuds. Fungsi pembesar suara lebih mudah terganggu berbanding apabila kita menggunakan wired earphone (earphone berwayar). Sebagai orang yang banyak berhubung melalui platform Zoom atau Google Meet untuk tujuan bisnes, saya memang nak pastikan perbincangan kam...