Bismillah.
Hai kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya. Semoga
baik-baik saja hendaknya.
Sebab ramai yang bertanya bagaimana itu ‘study diri sendiri’, jadi
sudi untuk saya kongsikan. Ceritanya begini ya kawan-kawan.
Ianya bermula setelah selesai viva, di mana sebenarnya seminggu
sebelum viva saya telah ditimpa sakit. Mungkin kerana stress yang telah berjaya
dikumpul dari awal semester sehingga sekarang. Al maklumlah semester ni kena
buat final year project. Kombo dengan kerja lab + thesis = fyp. Tambahan lagi
saya buat fyp berasaskan dua bidang ini iaitu; mikrobiologi dan molekular di
mana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang begitu tinggi demi
menyelesaikan thesis. Hanya mereka yang buat fyp dalam bidang ni je faham dia
punya cabaran tu.
Pun begitu, Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan penulisan dan
viva walaupun hardbound belum siap lagi. Apapun, memang rasa lah cabaran
menjadi pelajar tahun akhir ni.
Menjelang 2019 ini,
lagi-lagi untuk pelajar tahun akhir yang bakal memulakan latihan industri,
pasti kusut memikirkan apa yang hendak dilakukan selepas selesai intern. Ada
yang rasa hilang diri sendiri dan dilanda ‘existential crisis’ (macam
saya), ada yang rasa nak bawa diri ke
luar negara, ada yang rasa hidup tidak lagi bermakna, ada yang takut dan ada
juga yang tak sabar nak grad.
Untuk yang sedang menghadapi fasa sebegini, ketahuilah bahawasanya
itu semua normal. Tidak ada salahnya jika anda mengambil masa untuk diri sendiri.
Namun, masa untuk diri sendiri itu mestilah diisi dengan melakukan perkara yang
memberi makna kepada kehidupan anda. Ada orang, mereka menghabiskan masa dengan
orang tersayang, ada orang dengan membaca buku dan dengan diskusi intelektual, bercuti
dan macam-macam lagi. Jangan memilih untuk terperap dan menjadi katak di bawah
tempurung.
Baiklah, alkisah sebelum saya memulakan study ke atas diri sendiri
adalah inspirasi hasil daripada perbualan Whatsapp dengan kakanda yang saya
kasihi:
Dari perbualan itulah, saya terus mengambil masa untuk saya
melakukan beberapa tests yang berjaya ditemukan di Google.
Untuk bahagian personality test, saya lakukannya beberapa kali
dengan menjawab soalan dari website yang berbeza. Kenapa pentingnya melakukan
test di website berbeza? Kerana setiap laman sesawang mempunyai soalan yang
berbeza. Setiap soalan juga akan menghasilkan outcome dan interpretation
yang berbeza. Dari situ, anda akan dapat memperhatikan traits anda yang
dominan, yang konsisten, dan yang berbeza setelah membandingkan beberapa test.
Contohnya, keputusan personality test saya selalu berlegar di antara tiga
iaitu; INTJ, INFJ, dan INFP. Setiap keyword itu amat penting untuk anda
ketahui. Contohnya seperti :
I – Introvert
N- Intuitive
T – Thinking
J- Judging
F- Feeling
P- Perceiving
Setiap traits tersebut hendaklah anda fahami. Setelah
benar-benar memahaminya, barulah anda boleh meneruskan kepada career test, entrepreneurship
test, gaya bercinta, dan banyak lagi.
Jika anda perhatikan pada tiga result ujian personaliti
saya, dua traits di hadapan adalah konsisten, manakala dua traits di
belakang adalah kurang konsisten. Maksudnya, dua ciri tersebut adalah kurang
dominan dan sering berubah. Dari situ, saya memilih untuk mendominankan satu
ciri sahaja (pilihan saya adalah rahsia) dan pilihan ini hendaklah disertakan
dengan latihan untuk mengoptimumkan penguasaan ciri tersebut ke atas diri kita.
Contohnya, jika saya memilih untuk mendominankan berfikir melebihi berperasaan,
saya hendaklah membenarkan openness in receiving criticism berlaku ke
atas saya.
Nah, dari situ baru anda dapat melihat di mana kekuatan,
kelemahan, kelebihan, dan peluang anda di dalam kehidupan bersesuaian dengan personaliti
anda. Suka untuk saya ingatkan bahawa personaliti diri boleh berubah seiring
waktu. Memang sifat makhluk sentiasa berubah-ubah kerana kita ini bersifat
baharu.
Suka untuk saya ingatkan bahawasanya tests ini tidak menentukan
anda siapa secara absolut. Tests ini hanya mentafsirkan siapa anda dari variables
yang ada dalam diri anda. Dan anda mampu mengubahnya.
Ujian-ujian ini juga adalah terbatas kepada beberapa aspek sahaja
kerana tidak ada parameter yang disediakan di dalam test-test ini untuk
mengukur tahap spiritual kita sedangkan manusia tidak hanya wujud dalam bentuk
fizikal. Hidupnya seorang manusia kerana adanya ruh yang telah ditiup ke dalam
jasad. Makanya, eloklah untuk kita dalami beberapa karya untuk memahami aspek
ini. Begitu saya mencadangkan beberapa buah karya untuk ditekuni iaitu;
1. Siri Ihya’
Ulumuddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
2. The Nature
of Man and Psychology of the Human Soul, S.M. Naquib al-Attas
Insha Allah, banyak perkara yang akan terungkai setelah mendalami
karya-karya yang telah disebutkan di atas.
Dengan ini, saya ucapkan, selamat menyelami lautan jiwa anda.
Ride the tides and enjoy the rides :)
Dengan ini, saya ucapkan, selamat menyelami lautan jiwa anda.
Ride the tides and enjoy the rides :)
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment