Assalamualaikum.
Setiap tahun baharu, kita pasti mengimpikan kesihatan kewangan kita akan bertambah dengan lebih baik. Pasti semua orang nak perkara sama.
Kesihatan kewangan hanya akan dapat dicapai dengan pengurusan yang bagus dan konsisten displin. Mari kita pelajari beberapa cara mudah untuk menabung dengan mudah. Pastikan terlebih dahulu anda sudah mempunyai pendapatan. Jika anda tidak mempunyai pendapatan, blog entri ini bukan untuk anda.
Menabung cara moden boleh dilakukan melangkaui tabung fizikal. Sekarang di Malaysia kita sudah mempunyai beberapa pilihan dek kemajuan fintech di negara kita.
1. Menabung di bank
Terdapat dua buah bank yang saya ketahui menawarkan fungsi tabung, iaitu:
1. Tabung Maybank melalui aplikasi MAE.
2. Be U oleh Bank Islam.
Melalui dua aplikasi ini, anda boleh cipta tabung mengikut keperluan anda.
Contohnya tabung takaful dan cukai jalan kereta, hadiah, percutian, qurban, sinking fund. Ikut suka nak buat macam mana. Kalau Tabung MAE ada fungsi auto-deduct, boleh pilih nak tolak setiap minggu/bulan. Simpan di dua buah bank ini lebih rendah risikonya kerana bank ini termasuk yang dilindungi di bawah PIDM (Sehingga RM250,000).
2. Menabung di tempat pelaburan risiko rendah
Antara instrumen risiko rendah yang memang cukup popular adalah Tabung Haji, ASB.
Yang lebih menarik lagi adalah anda boleh terus tetapkan auto-deduct untuk simpanan setiap bulan serendah RM30 sahaja. Saya masih hairan kenapa KWSP masih belum mempunyai fungsi auto-deduct kerana fungsi seperti ini sangat membantu mengurangkan masa yang saya harus gunakan untuk memindah wang. Padahal setiap bulan kita memang ada banyak komitmen lain seperti bil yang perlu diselesaikan.
Bagi umat Islam, kita mesti berusaha untuk melaksanakan haji. Sesudah anda mencukupkan simpanan sebanyak RM1300, anda boleh terus mendaftar haji. Boleh daftar awal-awal untuk beratur naik haji.
Alhamdulillah saya sudah lama mengamalkan ini dan hasilnya simpanan saya sekurang kurangnya akan ada sebanyak RM30 x 12 x 2 (Tabung Haji dan ASB) = RM720 pada akhir tahun, jika saya menggunakan kaedah pelaburan minimum sebanyak RM30/bulan.
Comments
Post a Comment