Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Wanita Intelek Kahwin Lewat?

Bismillah. *Posting asal daripada Instagram saya. Terbaca satu posting di FB, di mana kebiasaan nya wanita yang pemikirannya berlaras tinggi, kahwin lewat. Ada juga pernah terbaca artikel yang ditulis oleh seorang pakar psychiatrist tapi terlupa nama penulisnya. My personal opinion la, mereka ni golongan yg memilih utk tidak bergelut dengan emosi terhadap lelaki sehingga selesai 'penerokaannya'. Ada juga yg takut kecewa lepas tu burn out. Kesimpulannya, mereka ini sukakan hubungan yg serius, no play-play lah. Kalau nak main-main, pergi jauh-jauh lah ya. Mereka mementingkan kualiti pada diri dan juga orang yg akan jadi pasangannya. *kualiti paling penting khatam semua bab ilmu Fardhu 'Ain lah demi keharmonian rumah tangga Insha Allah Golongan ini jg sgt menghargai diri sendiri sehinggakan mereka m'jadi agak selective. Perkara yg suka utk saya highlightkan di sini, pertamanya apa yg kita harapkan dari perkahwinan?  If you're just expecting sweet stuff after a

Pesan Syeikh

Bismillah Teringat setiap kali di dalam kelas, Syeikh selalu ulang “Jangan kamu membuang waktu, hidup kita di dunia tidak lama”. Lalu dibuat perbandingan akan tempoh masa kita hidup dengan waktu kita di dalam kubur dan di hari akhirat. Tempoh kita di dunia ini tidak sampai 1% pun daripada jumlah hari pada hari kebangkitan itu. Dek kerana nasihat itu tidak pernah lekang daripada bibir seorang Guru, maka apa yang membuat aku berfikir adalah bagaimana waktu itu mahu dimanfaatkan dengan sebenar-benarnya? Sepanjang tempoh 20 tahun ruh ini bersatu dengan jasad kecil ini, apa yang aku kenal akan diri ini adalah seorang yang mudah dialih perhatiannya. Ya, aku spesis homosapien yang tidak tahu duduk diam, terutamanya akalnya. Ada saja yang mahu difikirkan. Kerana aku juga seorang manusia biasa, kadang-kadang ada waktu di mana aku culas hatta dalam urusan seharian. Kadang-kadang keinginan mahu menonton filem atau drama secara berterusan itu datang membuak-buak. Lalu aku diilha