Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Lubuk Buat Duit Buat Pekerja Gig

Pandemik kini menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Ada juga yang memilih untuk berhenti bekerja kerana tekanan pekerjaan. Disebabkan ini, ramai yang mencari cara untuk menjana pendapatan melalui internet. Berikut merupakan beberapa platform yang kita boleh cuba.   Facebook group (Pasaran Antarabangsa) Facebook merupakan sebuah platform yang tidak asing lagi dari pengguna tempatan. Namun, kita kadang-kadang terlepas pandang akan potensi Facebook sebagai lubuk kepada peluang mendapatkan pendapatan lebih. Sebagai seorang penulis, saya banyak membuat kerja-kerja sebagai pembaca pruf, penstrukturan ayat, dan tatabahasa. Jadi saya banyak mencari grup berkaitan, atau bahasa mudahnya grup seperti ‘’proofreading and editing services.’’. Di situ terdapat ramai freelancer professional yang banyak berkongsi tips dan juga servis. Di FB, komunikasi antara pengguna adalah secara lansung dan tawar menawar boleh berlaku. Apa yang paling penting adalah platform ini adalah percuma. FB amat sesuai