Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Kenapa Saya Suka Baca Buku ?

Assalamualaikum w.b.t Bismillah. Saya masih ingat akan pertanyaan seseorang kepada saya. “Kenapa suka baca buku”. Jawapannya adalah kerana ‘Curiosity’. Saya suka memenuhi dan menjawab persoalan yang dicetuskan oleh diri sendiri. Sebenarnya bagi saya hobi membaca ini merupakan sebuah permainan puzzle. Ibarat saya sedang menyelesaikan misteri kehidupan yang saya temui cebisannya, sedikit demi sedikit. Bingkai itu tidak akan pernah sempurna sehingga sampai waktunya untuk saya kembali kepada Pencipta.  Saya juga lebih banyak menghabiskan wang dengan melakukan pembelian buku melebihi pembelian untuk fesyen. Normal kalau seorang manusia suka akan keindahan (saya refer kepada fesyen), tetapi perlu kita tahu adakah perlu saya membeli itu ini, apakah dengan berbelanja wang sebanyak ini saya dapat meningkatkan rasa syukur, atau lebih kepada membawa saya kepada kekufuran. Setiap kali saya ingin berbelanja untuk keinginan, itulah persoalan yang selalu dilontarkan kepada diri sendiri s

Menghitung hari dengan Photoshop

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t Minda sudah mula tepu, cepat juga tangan merapu pergi.  Meja dipenuhi dengan fail, pensil dan buku-buku. Kerjaan apa Syafiqah ? Menterjemah sebahagian kecil Buku Bisnes rupanya.  Ke mana tanganku berlari ? Jejari ku berlari lari di atas papan kunci, mengklik folder 'Tutorial Photoshop'. Itu dia, angin mengedit gambar sudah datang. Kebetulan, saya juga mempunyai tugas yang belum diselesaikan. Iaitu mencipta logo bagi Biro Welfare SEKREFAST (Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi).  Sebelum itu, saya memanfaatkan masa dengan menekun beberapa video tutorial supaya akan bertambah kualiti pembikinannya.  Jadi, inilah hasilnya : Ringkas, tetapi saya perlu buat banyak layer. Seriously take time. Apapun puas hati.

Aktiviti Sepanjang Cuti Semester 1

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t Alhamdolellah, ada internet, ada ruang, ada kesempatan dan juga semangat datang menerpa. Malam ini saya menerima makluman daripada Rayani Air bahawa penerbangan pada hari sabtu ini ditunda ke jam 2210, nanti sampai waktu tengah malam la. Alamak. Mohon didoakan perjalanannya. Insha Allah. Kesan kopi yang diminum petang tadi membuatkan mata tidak kuyu, tidak mahu terlelap juga walaupun disuruhnya. Teringat bahawa kopi sebenarnya merupakan minuman yang popular di kalangan ahli sufi dan para ilmuwan Islam. Baiklah, kembali kepada tujuan utama saya menyapu blog yang sudah berhabuk ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang 'Bulan Kempen Menulis'. *Sedikit sarkastik tajuknya. Terima kasih abang Radzi kerana mengetag poster di FB yang tercoret nasihat yang berbunyi ''Duhai Perempuan, Menulislah Agar Engkau Semakin Cantik" Ah, lansung terinspirasi !  Sebenarnya sangat ramai pendorong yang saya kira begitu bersungguh-sungguh me