Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-masing. Sebagai seorang yang sangat mementingkan setiap pembelian yang berkualiti, saya akan menitik beratkan beberapa faktor ketika melakukan pembelian, 1. Panjang, kedudukan bilah pengisar, dan kehalusan lumatnya. 2. Waranti. 3. Ada pengiktirafan SIRIM. 4. Pakej yang datang bersama dengan satu harga (Contohnya dapat percuma bekas untuk mengisar bahan kering). 5. Ketahanan (Bergantung juga kepada cara penggunaan dan penjagaan). 6. Bukan jenis plug USB. 7. Mudah dicari bahan ganti sekiranya ada komponen rosak. 8. Desain blender sejak zaman berzaman (yang memang mak-mak kat kampung guna). Sekarang sudah banyak jenama blender yang dijual dan mudah untuk dibeli melalui Shopee. Tapi mengikut pengalaman menggunakan blender bajet yang desainnya nampak minimalis dan moden, tidaklah begitu lasak dan kasar hasil blend nya. Bagi saya yang sering memasak, hasil

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum.  Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020.  1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh  Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019).  Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC.  2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang meny

Resepi kari kentang mudah oleh kawan Pakistan

 Assalamualaikum. Hari tu tiba-tiba teringin nak makan masakan kawan Pakistan kita yang sekarang sedang menyambung PhD di Ireland. Saya ni geng Pantai Timur yang amat tak gemar dengan masakan kari. Tapi setelah lama tinggal sebumbung dengan rakan saya ini, memang kari mereka buat sangat sedap dan berbeza dari kari kita. Lazat tak terhingga sampai boleh teringin. Waktu saya di Penang, mudah nak dapatkan masakan asli Pakistan tetapi saya sekarang menetap di tempat yang tiada restoren begini. Jadi saya whatsapp kawan saya tersebut untuk dapatkan resepi kari kentang mengikut cara beliau. Terima kasih Roz sebab pernah mengenalkan saya kepada masakan ini. Ini merupakan resepinya: Mula-mula tumiskan sehingga bawang separa coklat, 1. Bawang merah x 1 2. Bawang Holland separuh (Nak lebih pun boleh) (Potong dadu dan halus) Bahan masakan: 3. Kentang x 2 - potong dadu 4. Serbuk jintan putih Beli di sini:  https://shope.ee/8A77uMoDNr 5. Jintan putih kasar 6. Serbuk kunyit Beli di sini:  https://sh

Cadar jenis kapas untuk tidur yang lebih nyenyak

 Assalamualaikum. Alhamdulillah minggu lepas saya telah berjaya beli cadar 100% kapas brand Akemi di Aeon Mall Manjung. Beli satu set sahaja untuk mencuba memandangkan bajet saya tidaklah besar mana. Tapi ada seorang makcik sampai beli 5 set cadar brand ni ya. Mantappp.  Saya memang mempunyai kulit yang sensitif, di mana cadar jenis fibre atau campuran dengan polyester akan membuatkan kulit saya gatal-gatal. Setelah mencuba cadar ini, bagi saya memang lembut dan tak gatal ya. Sangat gembira setelah banyak try and error jenis-jenis cadar ni. Sebab memang jenis cadar sangat mempengaruhi kualiti tidur saya. Keselesaan di tempat tidur sangat menjadi prioriti untuk saya.  Kalau anda sedang mencari idea untuk hadiah kahwin kawan-kawan, boleh beli cadar ni. Yelah sebab kalau nak beli banyak pun, tidaklah murah mana. Orang baru kahwin ni akan kena banyak keluarkan kos untuk kehidupan selepas berumah tangga. Antara barang yang bermanfaat adalah seperti cadar katil.  Beli di sini: https://shope.

Review Wired earphone: Edifier P180 plus dan Sony MDR-XB55AP Extra Bass

 Assalamualaikum. Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan kat sini sebab susah betul nak jumpa orang review produk yang sedia ada dalam pasaran tempatan.  Beli kat Shopee je tapi pastikan pembelian dilakukan di kedai rasmi, dan ada waranti. Semak review orang juga supaya kita tak terbeli produk tiruan.  Saya lebih suka beli earphone yang berwayar disebabkan saya rasa extension di rumah pun sudah penuh dengan pelbagai jenis wayar. Jadi saya rasa earphone berwayar lebih memudahkan sebab saya tak perlu tunggu kena cas bateri dulu. Lagipula saya pernah ada pengalaman sambungan microphone (pembesar suara) yang tak stabil ketika menggunakan earbuds. Fungsi pembesar suara lebih mudah terganggu berbanding apabila kita menggunakan wired earphone (earphone berwayar). Sebagai orang yang banyak berhubung melalui platform Zoom atau Google Meet untuk tujuan bisnes, saya memang nak pastikan perbincangan kami tidak digang

Cara menabung dengan mudah pada Tahun 2024

 Assalamualaikum. Setiap tahun baharu, kita pasti mengimpikan kesihatan kewangan kita akan bertambah dengan lebih baik. Pasti semua orang nak perkara sama.  Kesihatan kewangan hanya akan dapat dicapai dengan pengurusan yang bagus dan konsisten displin. Mari kita pelajari beberapa cara mudah untuk menabung dengan mudah. Pastikan terlebih dahulu anda sudah mempunyai pendapatan. Jika anda tidak mempunyai pendapatan, blog entri ini bukan untuk anda. Menabung cara moden boleh dilakukan melangkaui tabung fizikal. Sekarang di Malaysia kita sudah mempunyai beberapa pilihan dek kemajuan fintech di negara kita.  1. Menabung di bank Terdapat dua buah bank yang saya ketahui menawarkan fungsi tabung, iaitu: 1. Tabung Maybank melalui aplikasi MAE. 2. Be U oleh Bank Islam. Melalui dua aplikasi ini, anda boleh cipta tabung mengikut keperluan anda.  Contohnya tabung takaful dan cukai jalan kereta, hadiah, percutian, qurban, sinking fund. Ikut suka nak buat macam mana. Kalau Tabung MAE ada fungsi auto-d

Kursus Google Data Analytics

Assalamualaikum. Perkongsian ini merupakan catatan yang telah saya kongsikan di Facebook pada 25 Februari 2023. Disebabkan masih ramai yang bertanya mengenai peluang untuk mengambil kursus Professional Google Data Analytics, saya kongsikan kembali di blog ini untuk rujukan lebih ramai orang. @ 𝗦𝘂𝗻𝘄𝗮𝘆 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗿𝘁 Terima kasih Google Malaysia , Trainocate Malaysia , Selangor Youth Community - SAY Community untuk peluang yang telah diberikan ini. Sekadar nak berkongsi kenapa saya memilih untuk mengambil kursus Data Analytics. Pada umumnya, pelajar siswazah bergelumang dengan data ni berpisah tiada. Tidak kiralah jika kita buat kajian kualitatif atau kuantitatif. Kebetulan kajian yang saya sedang lakukan juga banyak terlibat dengan bioinformatics, yang bukan sekadar melibatkan wet lab. Setiap kali ubah parameter, data saya akan berubah dan itu juga memerlukan saya melakukan data extraction secara berulang kali. Lama lama tu baru tahu betapa penatnya nak kena uruskan lambakan data

Pengalaman Buka Akaun Semasa (Current account-i) Di Hong Leong Islamic Bank untuk Pemilikan Sole Proprietor

  Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok.  Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan.  Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya.  Setelah Borang D sudah tersedia,  1. Layari laman sesawang ini, https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment   Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang, Nota tepi:  A. kita orang Islam pilih akaun Islamic, B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda. Setelah selesai m