Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Ubat duka adalah dengan bersedih

Baru tadi terbaca kata Usman Awang bahawa puisi adalah laungan orang yang sedang berjuang. Kira situasi ini benar, begitu menjejak pelusuk jiwa ku yang telah menyembunyikan jerih perihnya. Bukan sengaja mahu bersembunyi, tetapi kerana keterbatasan kosa kata yang mampu menguraikan kekecewaan ku di dalam hidup. Aku kira, kalau ku mendengar ungkapan ungkapan yang baik, bakal terubatlah jiwa itu. Tidak pernah aku mengalami kekecewaan sedalam ini, sehinggakan aku memejamkan mata di bawah air terjun yang melantun pun tidak mampu mengikis kedukaan ku ini. Tidak pernah sebegitu sekali. Aku pun membawa diri dari kesejukan air yang mencengkam, lalu duduk di pinggiran aliran sungai. Memerhati kebahagiaan yang dikecapi oleh anak anak tahfiz. Yang raut wajahnya begitu jernih dan riang di dalam kurnia Tuhan yang Maha Esa. Indah, aku pun ralit memerhatikan mereka yang menggelusur di atas lantai batu itu, lalu lagu percikan air itu seolah olah memujuk sebatas jiwa ku yang telah pun karam. Syukur ku pa