Skip to main content

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum. 

Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020. 

1. Apakah itu Wahed Invest?
Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). 
Rujuk: https://www.wahed.com/my

Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC. 

2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi?
Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang menyebabkan sesebuah syarikat dapat melakukan operasi bisnes, seterusnya menjana sebuah keuntungan, yang menyebabkan ada pulangan kepada pelabur. 

Wahed Invest akan menjadi sebagai pengurus wang kita untuk menerajui pelaburan di beberapa buah market global, antaranya, di NASDAQ. Wahed mempunyai unit ETF sendiri (exchange traded fund), iaitu Wahed FTSE USA Shariah ETF. Untuk perincian portfolio pelaburan Wahed, anda boleh semak di laman sesawang Wahed

Tekan di butang 'Funds'. Di situ anda boleh semak prospektus pelaburan mereka.

*ETF: Bakul yang mengandungi beberapa saham dari pelbagai syarikat

Contoh portfolio saya:


3. Berapa peratus keuntungan?
Pengalaman saya sendiri untuk pemegang portfolio sederhana agresif, setakat ini boleh jadi 10%-27% bergantung kepada keadaan market. 

4. Kelebihan dan risiko
Kelebihan melabur di Wahed adalah mendapat pulangan yang lebih tinggi yang juga berisiko lebih tinggi, memandangkan bukan institusi kewangan Malaysia yang menguruskan kesemua pelaburan ini. 

Wahed juga mengenakan caj yang agak murah berbanding kalau kita memberi sendiri unit-unit saham yang mencecah RM8 sekurang-kurangnya untuk setiap pembelian dan jualan. Sejak 2020, caj pengurusan yang diambil hanya RM50.80.




5. Cara nak melabur

a. Download apps Wahed menggunakan referral link ini untuk dapatkan bonus RM10

Referral code: NURBIN197

b. Isi maklumat mengikut arahan. 
Wahed akan membuat beberapa penaksiran bagi memberi cadangan jenis portfolio yang sesuai dengan keadaan kewangan anda. 

c. Deposit sekurang kurangnya RM100 untuk mendapat bonus RM10 bagi yang menggunakan refferal code

d. Anda boleh pilih untuk transfer deposit untuk sekali sahaja atau secara berulang (recurring) mengikut amaun yang dikehendaki

Itu sahaja yang perlu dilakukan. Anda tidak perlu spend masa untuk memantau chart saham setiap syarikat, sebaliknya, Wahed sudah mempunyai panel pakar mereka untuk memilih saham-saham yang hendak dilaburkan. Anda hanya perlu memasukkan deposit. Prinsipnya depositnya sama dengan cara melabur di Amanah Saham Berhad (ASB) dan Tabung Haji (TH). 

Comments

Popular posts from this blog

Ruqyah and What Western Says

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t   I would like to share my part of writing for English subject. So here is it :            Ruqyah is a word in Arabic with meaning “spell, charm and incantation”. It also brings meaning of enchanting, bewitching, or of being armed against baleful, maleficience or sorcery. In Muslim world, Ruqyah is another type of Exorcism that Muslims conduct. It is   the recitation of specific and choosen al-Quran verses, a method of supplication and rememberance to treat sickness especially ailments that are related to mental illness, djin affliction, devil’s eyes, black magic and possession.             Nowadays, Ruqyah treatment is an alternative for modern medical if the patients that are being treated, have a normal diagnosis result but they are actually very sick. We can see this is being applied in Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian campus, or well...

Review Wired earphone: Edifier P180 plus dan Sony MDR-XB55AP Extra Bass

 Assalamualaikum. Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan kat sini sebab susah betul nak jumpa orang review produk yang sedia ada dalam pasaran tempatan.  Beli kat Shopee je tapi pastikan pembelian dilakukan di kedai rasmi, dan ada waranti. Semak review orang juga supaya kita tak terbeli produk tiruan.  Saya lebih suka beli earphone yang berwayar disebabkan saya rasa extension di rumah pun sudah penuh dengan pelbagai jenis wayar. Jadi saya rasa earphone berwayar lebih memudahkan sebab saya tak perlu tunggu kena cas bateri dulu. Lagipula saya pernah ada pengalaman sambungan microphone (pembesar suara) yang tak stabil ketika menggunakan earbuds. Fungsi pembesar suara lebih mudah terganggu berbanding apabila kita menggunakan wired earphone (earphone berwayar). Sebagai orang yang banyak berhubung melalui platform Zoom atau Google Meet untuk tujuan bisnes, saya memang nak pastikan perbincangan kam...