Skip to main content

Aktiviti Sepanjang Cuti Semester 1

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdolellah, ada internet, ada ruang, ada kesempatan dan juga semangat datang menerpa. Malam ini saya menerima makluman daripada Rayani Air bahawa penerbangan pada hari sabtu ini ditunda ke jam 2210, nanti sampai waktu tengah malam la. Alamak.
Mohon didoakan perjalanannya. Insha Allah.

Kesan kopi yang diminum petang tadi membuatkan mata tidak kuyu, tidak mahu terlelap juga walaupun disuruhnya. Teringat bahawa kopi sebenarnya merupakan minuman yang popular di kalangan ahli sufi dan para ilmuwan Islam.
Baiklah, kembali kepada tujuan utama saya menyapu blog yang sudah berhabuk ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang 'Bulan Kempen Menulis'. *Sedikit sarkastik tajuknya.
Terima kasih abang Radzi kerana mengetag poster di FB yang tercoret nasihat yang berbunyi
''Duhai Perempuan, Menulislah Agar Engkau Semakin Cantik"
Ah, lansung terinspirasi !

 Sebenarnya sangat ramai pendorong yang saya kira begitu bersungguh-sungguh mengajak supaya kita sentiasa hidup dalam budaya ilmu dan menulis.

Saya teringat pada kesempatan lalu ketika membawa Kak Eisma ke Pondok Pasir Tumboh untuk membantu penulisan thesis beliau dalam pengajian tahun terakhir bagi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin.
Ustazah Hidayah ada memetik kata-kata yang mengatakan bahawa Ilmu itu ibarat haiwan buas, jika tidak ditambat, maka terlepaslah. Cara mengikat ilmu adalah dengan menulis.
Lagi, Datuk Jaafar Rahim yang dikenali sebagai Edward De Bono Malaysia juga banyak memberi pesan tentang menulis kepada saya dan sahabat-sahabat yang telah berkunjung ke teratak beliau yang terletak di Ampang. Di lapangan aktivis pula, abang Afif iaitu Presiden PPIK, sentiasa mengingatkan tentang pentingnya menulis, terutamanya supaya menyiapkan laporan setiap aktiviti yang dilakukan. Atau secara ringkasnya kita kenali dengan proses pendokumentasian di mana proses ini sangat penting, untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Pendokumentasian juga merupakan perkara wajib dalam sesebuah gerakan kerana apabila ada pergerakan, pasti ada acara yang signifikan yang mesti kita ketahui. Saya juga sentiasa dipesan supaya sentiasa pantas dalam gerak pendokumentasian dan juga boleh mengambil contoh melihat aktivis Indonesia yang cukup-cukup cekap berkenaan penulisan.
Pantas itu bagus, tetapi kualiti juga mesti diambil kira. Juga untuk menjadi secekap itu memerlukan usaha yang konsisten. Apabila sudah terbiasa, pasti kita juga mampu menulis dengan bagus. Pantas dan cekap menulis penulisan yang bermutu. Kita juga harus mampu membezakan antara pantas dan tergesa-gesa. Itu merupakan sesuatu perkara yang sangat berbeza sebenarnya.

Sepanjang cuti semester 1 ini, antara aktiviti-aktiviti sepanjang sebulan cuti :
1- Terlibat dengan Program Perkampungan Menara Gading Kelantan 2016 (PMGKel16') sebagai urusetia
2- Rihlah Ilmiah 1.0
3- PPIK All Day Out 1.0
4- Menjadi pemandu pelancong kepada Kak Eisma Adiba selama 3 hari 2 malam
5- Menyertai Muzakarah Penyelarasan Dakwah Peringkat Negeri Kelantan anjuran YADIM, sebagai wakil PPIK, yang juga termasuk dalam aktiviti Internship PPIK.
6- Rihlah Ilmiah 2.0
7- Usrah Umum PPIK yang bertajuk Peranan NGO Dalam Sosio-Politik Turki
8- Combat Archery di Min Camp House, Kubang Kerian. (Walaupun, main Static Archery je)


Insha Allah, jika berkesempatan saya akan menyambung cerita nya.

Comments

Popular posts from this blog

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum.  Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020.  1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh  Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019).  Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC.  2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang meny

Pengalaman Buka Akaun Semasa (Current account-i) Di Hong Leong Islamic Bank untuk Pemilikan Sole Proprietor

  Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok.  Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan.  Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya.  Setelah Borang D sudah tersedia,  1. Layari laman sesawang ini, https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment   Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang, Nota tepi:  A. kita orang Islam pilih akaun Islamic, B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda. Setelah selesai m

Resepi kari kentang mudah oleh kawan Pakistan

 Assalamualaikum. Hari tu tiba-tiba teringin nak makan masakan kawan Pakistan kita yang sekarang sedang menyambung PhD di Ireland. Saya ni geng Pantai Timur yang amat tak gemar dengan masakan kari. Tapi setelah lama tinggal sebumbung dengan rakan saya ini, memang kari mereka buat sangat sedap dan berbeza dari kari kita. Lazat tak terhingga sampai boleh teringin. Waktu saya di Penang, mudah nak dapatkan masakan asli Pakistan tetapi saya sekarang menetap di tempat yang tiada restoren begini. Jadi saya whatsapp kawan saya tersebut untuk dapatkan resepi kari kentang mengikut cara beliau. Terima kasih Roz sebab pernah mengenalkan saya kepada masakan ini. Ini merupakan resepinya: Mula-mula tumiskan sehingga bawang separa coklat, 1. Bawang merah x 1 2. Bawang Holland separuh (Nak lebih pun boleh) (Potong dadu dan halus) Bahan masakan: 3. Kentang x 2 - potong dadu 4. Serbuk jintan putih Beli di sini:  https://shope.ee/8A77uMoDNr 5. Jintan putih kasar 6. Serbuk kunyit Beli di sini:  https://sh