Skip to main content

London : Islamophobia. Kenapakah ?

Bismillahirrahmaanirrahiim

Tahukah apa itu Islamophobia ?
Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Sumber : Page Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

Istilah Islamophobia diperkenalkan pada tahun 1996 oleh Comissions on British Muslims and Islamophobia.

Pada tarikh 7 Julai 2005, empat letupan berlaku di stesen kereta api bawah tanah dan mengorbankan sekitar 56 orang manakala 700 penumpang lagi cedera.

Kejadian ini dipercayai telah dirancang oleh kumpulan alQaeda.
Selepas kejadian tersebut berlaku ramai penduduk Britain yang mula menjadi prejudis terhadap muslim di Britain. Kajian mendapati bahawa 63% penduduk Britain yang mempunyai Islamophobia.

Satu perkara yang aku teringin nak ulas, sama ada benar atau tidak kejadian ini dalangnya ialah sekumpulan muslim yang ekstrem jelas sekali kita dapat lihat bahawa personaliti seorang Islam membawa impak yang cukup besar kepada mereka yang tidak menganut Islam.

Tambah lagi dengan sekumpulan muslim yang bergerak secara besar-besaran di bandar London untuk menjayakan misi 'pencegahan maksiat'. Dah tu pula macam tengah buat rusuhan.
Aman ke macam tu ? Of course not !

Jadi aku nak tekankan bahawa kita sebagai seorang muslim kena jaga adab tambah-tambah lagi bila kita sedang menetap di negara yang minoritinya umat Islam.Realiti bahawa Islam dipandang melalui personaliti penganutnya.

Ni tak, apa yang aku selalu tengok, orang Islam sama-sama nak 'bash' satu sama lain. Rasa-rasanya orang bukan Islam boleh terima ke  kalau macam tu lah bawaan kita ? Reject !

Ceh. Kita ni baik sangat ke nak kata orang macam-macam ?

Cuba consider opinion orang lain. At least, kalau tak setuju tak perlu ditetak hati orang lain dengan kata-kata yang berapi. 
Kalau bab ilmu, dibolehkan seseorang untuk memperbetulkan kesalahan penerangan  di hadapan orang ramai bertujuan untuk membetulkannya dan mengelakkan orang lain daripada tersesat
Tapi haruslah berhikmah.

Tahukah sifat apakah itu ?      E G O.
Mohon letak bleach dekat hati. Buang kotoran degil macam tu sebelum kulat-kulat dapat tumbuh.

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”

Ingat, kita tak kenal orang lain sepertimana kita mengenali diri sendiri.
Sepatutnya kita berlumba-lumba untuk cantikkan akhlak dan peribadi diri bukannya sibuk mengorek keburukan orang lain.Kadang-kadang asal background kita yang terdiri daripada keluarga yang baik-baik membuatkan mata kita kabur
"Dia ni kan, perangai macam hape."
"Dia kan...."
Stop melabelkan orang.Mungkin mereka tidak tahu atau jahil.Mungkin mereka tidak diajar seperti kita.     Mungkin...
ya, banyak kemungkinan.
Semaksimum mungkin, Cubalah kita untuk husnuddzon ( bersangka baik ) kepada orang lain.Sekurang-kurangnya usaha itu ada.Itulah sebab kita kena ada sifat keterbukaan yang syari'e. Terutamanya kepada non-muslim.Hikmah itu sentiasa bersinar, cuma kita yang padamkan sinarannya dengan ego dan kesombongan.



Smile, It's a Sunnah   C:


Comments

Popular posts from this blog

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum.  Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020.  1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh  Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019).  Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC.  2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang meny

Pengalaman Buka Akaun Semasa (Current account-i) Di Hong Leong Islamic Bank untuk Pemilikan Sole Proprietor

  Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok.  Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan.  Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya.  Setelah Borang D sudah tersedia,  1. Layari laman sesawang ini, https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment   Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang, Nota tepi:  A. kita orang Islam pilih akaun Islamic, B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda. Setelah selesai m

Resepi kari kentang mudah oleh kawan Pakistan

 Assalamualaikum. Hari tu tiba-tiba teringin nak makan masakan kawan Pakistan kita yang sekarang sedang menyambung PhD di Ireland. Saya ni geng Pantai Timur yang amat tak gemar dengan masakan kari. Tapi setelah lama tinggal sebumbung dengan rakan saya ini, memang kari mereka buat sangat sedap dan berbeza dari kari kita. Lazat tak terhingga sampai boleh teringin. Waktu saya di Penang, mudah nak dapatkan masakan asli Pakistan tetapi saya sekarang menetap di tempat yang tiada restoren begini. Jadi saya whatsapp kawan saya tersebut untuk dapatkan resepi kari kentang mengikut cara beliau. Terima kasih Roz sebab pernah mengenalkan saya kepada masakan ini. Ini merupakan resepinya: Mula-mula tumiskan sehingga bawang separa coklat, 1. Bawang merah x 1 2. Bawang Holland separuh (Nak lebih pun boleh) (Potong dadu dan halus) Bahan masakan: 3. Kentang x 2 - potong dadu 4. Serbuk jintan putih Beli di sini:  https://shope.ee/8A77uMoDNr 5. Jintan putih kasar 6. Serbuk kunyit Beli di sini:  https://sh