Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-masing. Sebagai seorang yang sangat mementingkan setiap pembelian yang berkualiti, saya akan menitik beratkan beberapa faktor ketika melakukan pembelian, 1. Panjang, kedudukan bilah pengisar, dan kehalusan lumatnya. 2. Waranti. 3. Ada pengiktirafan SIRIM. 4. Pakej yang datang bersama dengan satu harga (Contohnya dapat percuma bekas untuk mengisar bahan kering). 5. Ketahanan (Bergantung juga kepada cara penggunaan dan penjagaan). 6. Bukan jenis plug USB. 7. Mudah dicari bahan ganti sekiranya ada komponen rosak. 8. Desain blender sejak zaman berzaman (yang memang mak-mak kat kampung guna). Sekarang sudah banyak jenama blender yang dijual dan mudah untuk dibeli melalui Shopee. Tapi mengikut pengalaman menggunakan blender bajet yang desainnya nampak minimalis dan moden, tidaklah begitu lasak dan kasar hasil blend nya. Bagi saya yang sering memasak, ha...