Assalamualaikum. Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020. 1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC. 2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang meny
Comments
Post a Comment