Skip to main content

Cara menabung dengan mudah pada Tahun 2024

 Assalamualaikum.

Setiap tahun baharu, kita pasti mengimpikan kesihatan kewangan kita akan bertambah dengan lebih baik. Pasti semua orang nak perkara sama. 

Kesihatan kewangan hanya akan dapat dicapai dengan pengurusan yang bagus dan konsisten displin. Mari kita pelajari beberapa cara mudah untuk menabung dengan mudah. Pastikan terlebih dahulu anda sudah mempunyai pendapatan. Jika anda tidak mempunyai pendapatan, blog entri ini bukan untuk anda.

Menabung cara moden boleh dilakukan melangkaui tabung fizikal. Sekarang di Malaysia kita sudah mempunyai beberapa pilihan dek kemajuan fintech di negara kita. 

1. Menabung di bank
Terdapat dua buah bank yang saya ketahui menawarkan fungsi tabung, iaitu:

1. Tabung Maybank melalui aplikasi MAE.
2. Be U oleh Bank Islam.

Melalui dua aplikasi ini, anda boleh cipta tabung mengikut keperluan anda. 
Contohnya tabung takaful dan cukai jalan kereta, hadiah, percutian, qurban, sinking fund. Ikut suka nak buat macam mana. Kalau Tabung MAE ada fungsi auto-deduct, boleh pilih nak tolak setiap minggu/bulan. Simpan di dua buah bank ini lebih rendah risikonya kerana bank ini termasuk yang dilindungi di bawah PIDM (Sehingga RM250,000).

2. Menabung di tempat pelaburan risiko rendah

Antara instrumen risiko rendah yang memang cukup popular adalah Tabung Haji, ASB.
Yang lebih menarik lagi adalah anda boleh terus tetapkan auto-deduct untuk simpanan setiap bulan serendah RM30 sahaja. Saya masih hairan kenapa KWSP masih belum mempunyai fungsi auto-deduct kerana fungsi seperti ini sangat membantu mengurangkan masa yang saya harus gunakan untuk memindah wang. Padahal setiap bulan kita memang ada banyak komitmen lain seperti bil yang perlu diselesaikan. 

Bagi umat Islam, kita mesti berusaha untuk melaksanakan haji. Sesudah anda mencukupkan simpanan sebanyak RM1300, anda boleh terus mendaftar haji. Boleh daftar awal-awal untuk beratur naik haji. 

Alhamdulillah saya sudah lama mengamalkan ini dan hasilnya simpanan saya sekurang kurangnya akan ada sebanyak RM30 x 12 x 2 (Tabung Haji dan ASB) = RM720 pada akhir tahun, jika saya menggunakan kaedah pelaburan minimum sebanyak RM30/bulan. 


Comments

Popular posts from this blog

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum.  Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020.  1. Apakah itu Wahed Invest? Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh  Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019).  Rujuk: https://www.wahed.com/my Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC.  2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi? Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang meny

Pengalaman Buka Akaun Semasa (Current account-i) Di Hong Leong Islamic Bank untuk Pemilikan Sole Proprietor

  Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok.  Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan.  Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya.  Setelah Borang D sudah tersedia,  1. Layari laman sesawang ini, https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment   Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang, Nota tepi:  A. kita orang Islam pilih akaun Islamic, B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda. Setelah selesai m

Resepi kari kentang mudah oleh kawan Pakistan

 Assalamualaikum. Hari tu tiba-tiba teringin nak makan masakan kawan Pakistan kita yang sekarang sedang menyambung PhD di Ireland. Saya ni geng Pantai Timur yang amat tak gemar dengan masakan kari. Tapi setelah lama tinggal sebumbung dengan rakan saya ini, memang kari mereka buat sangat sedap dan berbeza dari kari kita. Lazat tak terhingga sampai boleh teringin. Waktu saya di Penang, mudah nak dapatkan masakan asli Pakistan tetapi saya sekarang menetap di tempat yang tiada restoren begini. Jadi saya whatsapp kawan saya tersebut untuk dapatkan resepi kari kentang mengikut cara beliau. Terima kasih Roz sebab pernah mengenalkan saya kepada masakan ini. Ini merupakan resepinya: Mula-mula tumiskan sehingga bawang separa coklat, 1. Bawang merah x 1 2. Bawang Holland separuh (Nak lebih pun boleh) (Potong dadu dan halus) Bahan masakan: 3. Kentang x 2 - potong dadu 4. Serbuk jintan putih Beli di sini:  https://shope.ee/8A77uMoDNr 5. Jintan putih kasar 6. Serbuk kunyit Beli di sini:  https://sh