Monday, 29 January 2024

Cara memilih blender yang tepat


 Assalamualaikum.



Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-masing.

Sebagai seorang yang sangat mementingkan setiap pembelian yang berkualiti, saya akan menitik beratkan beberapa faktor ketika melakukan pembelian,


1. Panjang, kedudukan bilah pengisar, dan kehalusan lumatnya.

2. Waranti.

3. Ada pengiktirafan SIRIM.

4. Pakej yang datang bersama dengan satu harga (Contohnya dapat percuma bekas untuk mengisar bahan kering).

5. Ketahanan (Bergantung juga kepada cara penggunaan dan penjagaan).

6. Bukan jenis plug USB.

7. Mudah dicari bahan ganti sekiranya ada komponen rosak.

8. Desain blender sejak zaman berzaman (yang memang mak-mak kat kampung guna).

Sekarang sudah banyak jenama blender yang dijual dan mudah untuk dibeli melalui Shopee. Tapi mengikut pengalaman menggunakan blender bajet yang desainnya nampak minimalis dan moden, tidaklah begitu lasak dan kasar hasil blend nya. Bagi saya yang sering memasak, hasil blend kasar ni tak berapa mencantikkan tekstur makanan dan juga rasanya kurang memuaskan rasa lidah Melayu, terutamanya kalau nak masak sambal. Melainkan memang jenis masakan ala-ala sambal penyet yang memang dipenyetkan saja bahan asasnya. 

Mengikut survey dari pengurus rumahtangga, kebanyakannya sangat suka menggunakan blender dari Panasonic. Tapi setiap kali nak check-out, banyak juga penjual yang kehabisan stok. Nampaknya mak-mak memang bersepakat untuk guna Panasonic sehingga stok pun selalu habis di Shopee. Banyak juga orang jual sole blender, dengan bekas blend secara berasingan. Pokoknya memang mudahlah nak cari bahan ganti untuk blender Panasonic ni. 

Blender Panasonic, beli sini: https://shope.ee/1VaVYEGv5S

Disebabkan banyak habis dan bajet sedikit terhad, saya memilih untuk beli blend Philips. Tergoda dengan review orang yang kata tahan lama, desain macam dulu-dulu tapi lebih cantik. Tapi ini bergantung juga kan dengan cara penggunaan dan penjagaan. Cuma dengan lambakan jenama elektronik sekarang, saya rasa saya lebih suka stick kepada jenama yang dari dulu sudah ada berbanding jenama yang baru. Kadang-kadang jenama yang baru ni bab keselamatan pun belum tentu ok, sebab itu saya memilih untuk beli barang yang diiktiraf oleh SIRIM atas faktor keselamatan. Saya terbeli blender Philips sebab ada orang review yang dia kata tahan lama, blend ais pun halus, bilah blender ke bawah sikit yang menyokong proses pengisaran bahan sikit. 

Blender Philips, beli sini: https://shope.ee/4AbGj34FaY

 

Hasil kisar tomato. Letak sikit je air ni. Sukanya sebab halus elok. 

Monday, 22 January 2024

Q&A mengenai Wahed Invest: Pengalaman 2020-2024

Assalamualaikum. 

Ramai yang hubungi saya secara personal untuk memahami mengenai Wahed Invest. Alhamdulillah saya telah menggunakan Wahed Invest sejak awal pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2020. 

1. Apakah itu Wahed Invest?
Wahed Invest merupakan sebuah platform yang dikendalikan oleh Wahed Inc, sebuah syarikat fintech (financial technology) yang beroperasi utamanya di New York. Di Malaysia, Wahed Invest diuruskan oleh Wahed Technologies Sdn Bhd yang telah diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSL/ A0359/2019). 
Rujuk: https://www.wahed.com/my

Bagi segala transaksi pelaburan yang dijalankan di Malaysia mesti mempunyai lesen yang diwartakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau selalu dipanggil sebagai SC. Segala jenis makluman mengenai syarikat pelaburan atau agennya boleh disemak di SC. 

2. Macam mana pertumbuhan wang kita berlaku dan kemana wang kita pergi?
Asasnya apabila kita mendengar perkataan pelaburan, ia bermaksud ada sebuah proses yang menyebabkan sesebuah syarikat dapat melakukan operasi bisnes, seterusnya menjana sebuah keuntungan, yang menyebabkan ada pulangan kepada pelabur. 

Wahed Invest akan menjadi sebagai pengurus wang kita untuk menerajui pelaburan di beberapa buah market global, antaranya, di NASDAQ. Wahed mempunyai unit ETF sendiri (exchange traded fund), iaitu Wahed FTSE USA Shariah ETF. Untuk perincian portfolio pelaburan Wahed, anda boleh semak di laman sesawang Wahed

Tekan di butang 'Funds'. Di situ anda boleh semak prospektus pelaburan mereka.

*ETF: Bakul yang mengandungi beberapa saham dari pelbagai syarikat

Contoh portfolio saya:


3. Berapa peratus keuntungan?
Pengalaman saya sendiri untuk pemegang portfolio sederhana agresif, setakat ini boleh jadi 10%-27% bergantung kepada keadaan market. 

4. Kelebihan dan risiko
Kelebihan melabur di Wahed adalah mendapat pulangan yang lebih tinggi yang juga berisiko lebih tinggi, memandangkan bukan institusi kewangan Malaysia yang menguruskan kesemua pelaburan ini. 

Wahed juga mengenakan caj yang agak murah berbanding kalau kita memberi sendiri unit-unit saham yang mencecah RM8 sekurang-kurangnya untuk setiap pembelian dan jualan. Sejak 2020, caj pengurusan yang diambil hanya RM50.80.




5. Cara nak melabur

a. Download apps Wahed menggunakan referral link ini untuk dapatkan bonus RM10

Referral code: NURBIN197

b. Isi maklumat mengikut arahan. 
Wahed akan membuat beberapa penaksiran bagi memberi cadangan jenis portfolio yang sesuai dengan keadaan kewangan anda. 

c. Deposit sekurang kurangnya RM100 untuk mendapat bonus RM10 bagi yang menggunakan refferal code

d. Anda boleh pilih untuk transfer deposit untuk sekali sahaja atau secara berulang (recurring) mengikut amaun yang dikehendaki

Itu sahaja yang perlu dilakukan. Anda tidak perlu spend masa untuk memantau chart saham setiap syarikat, sebaliknya, Wahed sudah mempunyai panel pakar mereka untuk memilih saham-saham yang hendak dilaburkan. Anda hanya perlu memasukkan deposit. Prinsipnya depositnya sama dengan cara melabur di Amanah Saham Berhad (ASB) dan Tabung Haji (TH). 

Thursday, 18 January 2024

Resepi kari kentang mudah oleh kawan Pakistan

 Assalamualaikum.


Hari tu tiba-tiba teringin nak makan masakan kawan Pakistan kita yang sekarang sedang menyambung PhD di Ireland. Saya ni geng Pantai Timur yang amat tak gemar dengan masakan kari. Tapi setelah lama tinggal sebumbung dengan rakan saya ini, memang kari mereka buat sangat sedap dan berbeza dari kari kita. Lazat tak terhingga sampai boleh teringin. Waktu saya di Penang, mudah nak dapatkan masakan asli Pakistan tetapi saya sekarang menetap di tempat yang tiada restoren begini. Jadi saya whatsapp kawan saya tersebut untuk dapatkan resepi kari kentang mengikut cara beliau.



Terima kasih Roz sebab pernah mengenalkan saya kepada masakan ini.



Ini merupakan resepinya:


Mula-mula tumiskan sehingga bawang separa coklat,

1. Bawang merah x 1

2. Bawang Holland separuh (Nak lebih pun boleh)

(Potong dadu dan halus)


Bahan masakan:

3. Kentang x 2 - potong dadu

4. Serbuk jintan putih

Beli di sini: https://shope.ee/8A77uMoDNr

5. Jintan putih kasar

6. Serbuk kunyit

Beli di sini: https://shope.ee/9KJ5IaHM62

7. Serbuk ketumbar/ketumbar kasar yang ditumbuk

Beli di sini: https://shope.ee/8KQY6wYBlf

8. Serbuk cili

Beli di sini: https://shope.ee/B4qNhiOkL

9. Tomato x 1 (pilihan) - potong dadu


Saya gunakan tomato untuk dapat rasa manis dan masam yang boleh melengkapi rasa jintan dan ketumbar. Untuk masakan ini, saya suka rasa jintan yang kuat, jadi jintan manis tu saya letak lebih sikit. Sebenarnya saya terlupa untuk letakkan tomato tapi lepas tu saya terus ubahsuai. Tomato juga beri tekstur kepada kuah.


Cara saya masak:

Masukkan minyak masak dan tunggu sehingga panas. Tumiskan bawang-bawang sehingga separa coklat. Kemudian, masukkan jintan putih kasar, tumis sehingga naik bau. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu itu dan masukkan serbuk jintan, serbuk kunyit, dan serbuk cili secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati dengan minyak dan kentang. Setelah sudah sebati, tambah sedikit air untuk bagi ada sedikit kuah. Apabila air sudah menggelegak, tambah tomato yang sudah dipotong halus dan sebatikan dengan masakan. Kacau dan tudung kuali dengan penutup untuk 10-15 minit (bergantung kepada tahap air yang dimasukkan) bagi memastikan kentang lembut. Kacau ketika perlu bagi mengelakkan kerak di kuali. Saya boleh biarkan macam tu je sebab jenis periuk granit sukar untuk terbentuk kerak degil. Sudah hampir lembut, tambahkan garam secukupnya.

Setelah selesai masak, boleh lah dihidangkan dengan roti atau nan. Memang sedap gaisss. 




 

Wednesday, 17 January 2024

Cadar jenis kapas untuk tidur yang lebih nyenyak

 Assalamualaikum.


Alhamdulillah minggu lepas saya telah berjaya beli cadar 100% kapas brand Akemi di Aeon Mall Manjung. Beli satu set sahaja untuk mencuba memandangkan bajet saya tidaklah besar mana. Tapi ada seorang makcik sampai beli 5 set cadar brand ni ya. Mantappp. 

Saya memang mempunyai kulit yang sensitif, di mana cadar jenis fibre atau campuran dengan polyester akan membuatkan kulit saya gatal-gatal.

Setelah mencuba cadar ini, bagi saya memang lembut dan tak gatal ya. Sangat gembira setelah banyak try and error jenis-jenis cadar ni. Sebab memang jenis cadar sangat mempengaruhi kualiti tidur saya. Keselesaan di tempat tidur sangat menjadi prioriti untuk saya. 

Kalau anda sedang mencari idea untuk hadiah kahwin kawan-kawan, boleh beli cadar ni. Yelah sebab kalau nak beli banyak pun, tidaklah murah mana. Orang baru kahwin ni akan kena banyak keluarkan kos untuk kehidupan selepas berumah tangga. Antara barang yang bermanfaat adalah seperti cadar katil. 

Beli di sini:

https://shope.ee/9pFIyP1wP3

Saturday, 6 January 2024

Review Wired earphone: Edifier P180 plus dan Sony MDR-XB55AP Extra Bass

 Assalamualaikum.

Siapa kat sini yang jenis pengguna tegar earphone? Kalau ya, anda memang datang ke blog entri yang tepat. Saja kongsikan kat sini sebab susah betul nak jumpa orang review produk yang sedia ada dalam pasaran tempatan. 

Beli kat Shopee je tapi pastikan pembelian dilakukan di kedai rasmi, dan ada waranti. Semak review orang juga supaya kita tak terbeli produk tiruan. 

Saya lebih suka beli earphone yang berwayar disebabkan saya rasa extension di rumah pun sudah penuh dengan pelbagai jenis wayar. Jadi saya rasa earphone berwayar lebih memudahkan sebab saya tak perlu tunggu kena cas bateri dulu. Lagipula saya pernah ada pengalaman sambungan microphone (pembesar suara) yang tak stabil ketika menggunakan earbuds. Fungsi pembesar suara lebih mudah terganggu berbanding apabila kita menggunakan wired earphone (earphone berwayar). Sebagai orang yang banyak berhubung melalui platform Zoom atau Google Meet untuk tujuan bisnes, saya memang nak pastikan perbincangan kami tidak diganggu oleh isu-isu teknikal lain. Jadi pemilihan menggunakan earphone berwayar ni adalah bagi mengurangkan gangguan yang kita boleh kawal, seperti pemilihan earphone yang terbukti lebih stabil. 

Sebagai marhaen biasa yang perlu berjimat cermat, saya sangat mementingkan earphone yang boleh memberi nilai berbaloi dengan harganya. Earphone berharga RM10 yang banyak dijual di kedai kemudahan kebanyakannya bila kita guna tu rasa sakit telinga, dan dapat rasa seperti ada kebocoran cas elektrik. Dari segi ketahanan memang sekejap je boleh guna earphone nya. Antara tips lain ketika membeli earphone, boleh semak sekiranya brand tersebut komited dengan pengujian kualiti. Brand lain seperti Ugreen, Baseus ok tapi tak selasak Edifier ni. Sony memang tak payah cakap sebab desain wayar dan bahan yang digunakan memang lasak. Edifier ni saya baru guna 2 tahun, tapi Sony saya dah guna selama 3 tahun. 

Sepanjang pencarian brand earphone yang saya amat berpuas hati, saya boleh sebutkan dua jenis earphone iaitu;  

1. Edifier P180 plus,

Beli sini: https://shope.ee/7pTz5wRZMv

2. Sony MDR-XB55AP Extra Bass.

Beli sini: https://shope.ee/9KImt6G9zM

Kalau nak extra bass, memang kena ambil Sony MDR ni. Dua-dua guna pangkal jack 3.5mm, sesuai untuk kebanyakan telefon Android. Kalau iphone, memang kena guna adapter. Saya lebih suka guna pangkal jack sebab boleh cucuk di laptop juga. 


Untuk adapter, saya guna yang Ugreen sebab produk mereka MFI-certified. Nak beli adapter untuk iphone kena pastikan MFI-certified baru boleh disambungkan ke iphone kita. Dah pernah cuba beli yang cap ayam tapi memang buat rugi duit je. 

Beli sini Ugreen MFI adapterhttps://shope.ee/6pbSg4MdRB


Beli sini earphone casing: https://shope.ee/8KQGStSEVt

Cara nak bagi earphone berwayar lebih mudah diurus dan dijaga, memang guna casing macam ni. Dah pernah cuba brand lain tapi cepat kemek kalau kena tindih. Casing ni agak kukuh di mana kita tak perlu risau kalau dah masukkan ke dalam beg. Setakat ni kena tindih dengan barang lain pun masih ok ya. Ini saya beli sekali dengan Ugreen adapter tu. Ugreen adapter tu mudah hilang kalau kita tak ada tempat simpanan khusus macam casing ni sebab dia kecil je. Pernah terhilangkan Apple adapter yang harga mahal sikit berbanding Ugreen adapter ni. 

Ok itu sahaja perkongsian mengenai earphone berwayar dan selingan cara penjagaannya.

Terima kasih dan jaga lupa kongsikan jika artikel ini membantu anda.

:)



Tuesday, 2 January 2024

Cara menabung dengan mudah pada Tahun 2024

 Assalamualaikum.

Setiap tahun baharu, kita pasti mengimpikan kesihatan kewangan kita akan bertambah dengan lebih baik. Pasti semua orang nak perkara sama. 

Kesihatan kewangan hanya akan dapat dicapai dengan pengurusan yang bagus dan konsisten displin. Mari kita pelajari beberapa cara mudah untuk menabung dengan mudah. Pastikan terlebih dahulu anda sudah mempunyai pendapatan. Jika anda tidak mempunyai pendapatan, blog entri ini bukan untuk anda.

Menabung cara moden boleh dilakukan melangkaui tabung fizikal. Sekarang di Malaysia kita sudah mempunyai beberapa pilihan dek kemajuan fintech di negara kita. 

1. Menabung di bank
Terdapat dua buah bank yang saya ketahui menawarkan fungsi tabung, iaitu:

1. Tabung Maybank melalui aplikasi MAE.
2. Be U oleh Bank Islam.

Melalui dua aplikasi ini, anda boleh cipta tabung mengikut keperluan anda. 
Contohnya tabung takaful dan cukai jalan kereta, hadiah, percutian, qurban, sinking fund. Ikut suka nak buat macam mana. Kalau Tabung MAE ada fungsi auto-deduct, boleh pilih nak tolak setiap minggu/bulan. Simpan di dua buah bank ini lebih rendah risikonya kerana bank ini termasuk yang dilindungi di bawah PIDM (Sehingga RM250,000).

2. Menabung di tempat pelaburan risiko rendah

Antara instrumen risiko rendah yang memang cukup popular adalah Tabung Haji, ASB.
Yang lebih menarik lagi adalah anda boleh terus tetapkan auto-deduct untuk simpanan setiap bulan serendah RM30 sahaja. Saya masih hairan kenapa KWSP masih belum mempunyai fungsi auto-deduct kerana fungsi seperti ini sangat membantu mengurangkan masa yang saya harus gunakan untuk memindah wang. Padahal setiap bulan kita memang ada banyak komitmen lain seperti bil yang perlu diselesaikan. 

Bagi umat Islam, kita mesti berusaha untuk melaksanakan haji. Sesudah anda mencukupkan simpanan sebanyak RM1300, anda boleh terus mendaftar haji. Boleh daftar awal-awal untuk beratur naik haji. 

Alhamdulillah saya sudah lama mengamalkan ini dan hasilnya simpanan saya sekurang kurangnya akan ada sebanyak RM30 x 12 x 2 (Tabung Haji dan ASB) = RM720 pada akhir tahun, jika saya menggunakan kaedah pelaburan minimum sebanyak RM30/bulan. 


Kursus Google Data Analytics

Assalamualaikum. Perkongsian ini merupakan catatan yang telah saya kongsikan di Facebook pada 25 Februari 2023. Disebabkan masih ramai yang bertanya mengenai peluang untuk mengambil kursus Professional Google Data Analytics, saya kongsikan kembali di blog ini untuk rujukan lebih ramai orang.

@ 𝗦𝘂𝗻𝘄𝗮𝘆 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗿𝘁

Terima kasih Google Malaysia, Trainocate Malaysia, Selangor Youth Community - SAY Community untuk peluang yang telah diberikan ini.

Sekadar nak berkongsi kenapa saya memilih untuk mengambil kursus Data Analytics.
Pada umumnya, pelajar siswazah bergelumang dengan data ni berpisah tiada. Tidak kiralah jika kita buat kajian kualitatif atau kuantitatif. Kebetulan kajian yang saya sedang lakukan juga banyak terlibat dengan bioinformatics, yang bukan sekadar melibatkan wet lab.
Setiap kali ubah parameter, data saya akan berubah dan itu juga memerlukan saya melakukan data extraction secara berulang kali. Lama lama tu baru tahu betapa penatnya nak kena uruskan lambakan data ni.
Dari situ, saya terfikir, pasti akan ada cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa saya. Saya yakin pasti ada solusinya, cuma perlu dipelajari. Dari situ saya mula mencari apa yang boleh membantu meningkatkan kemahiran Analytics saya. Dan dari situlah saya bertemu dengan program Google Gemilang ini yang turut menawarkan beberapa kursus lain seperti UI/UX, digital marketing, project management dan banyak lagi.

𝟭. 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗴𝗲𝗺𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘁𝗶𝗰𝘀 𝗶𝗻𝗶?
SQL dan R! Suka sangat sebab menjimatkan masa pencarian dan analisis. Cumanya kena ingat syntax dan language lah.

𝟮. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘁𝗶𝗰𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶?
Iya. Setelah menyelesaikan kursus ini, saya lebih memahami tentang struktur data, bagaimana untuk menjadi seorang Data Analyst yang beretika, bagaimana untuk menyediakan laporan untuk Data Analysis dan terakhir sekali, saya dapat mengenal platform seperti Kaggle dan StackOverflow.
Untuk modul terakhir iaitu project capstone, saya menggunakan data yang dikutip sendiri dari kerja-kerja proofreading saya. Sambil belajar, sambil selesaikan business objective Thesis Guru.

𝟯. 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮?
Saya ekstrak data dan susun mengikut pengaturcaraan R. Dalam banyak-banyak modul, R merupakan alat yang paling dekat dengan kerja seorang penyelidik selain penggunaan Excel atau Spreadsheet.

𝟰. 𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗶?
Alhamdulillah. Sebelum saya selesaikan kursus ini, saya sudah menerima pelbagai macam pertanyaan mengenai isu yang dihadapi oleh pengendali bisnes di sekeliling saya.

Apa yang saya lakukan adalah,
• Bertanya soalan spesifik yang dapat membantu mengenal pasti perkara yang bisnes terlepas pandang
• Mencadangkan agar bisnes boleh menyukat tingkahlaku pelanggan menggunakan survey form
• Meneliti data-data yang sedia ada dan mengenalpasti analisis yang sesuai untuk data tersebut melalui Data Visualization.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang mempertimbangkan kursus ini.




Kredit gambar: Pihak penganjur

Cara Buka Akaun Semasa (Current Account-i) Hong Leong Islamic Bank untuk Sole Proprietor

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni baru dapat buat keputusan untuk pilih nak buka akaun bank untuk SSM dengan bank mana. Disebabkan nampak ramai beri saranan untuk buka dengan Hong Leong, saya pun terus ke laman sesawang bank tersebut. Saya lebih konfiden nak buka akaun bank dengan Hong Leong selepas lihat betapa mudahnya suami nak selesaikan akaun financing dengan sini. Selain itu, suami pun cakap online banking app ok. 

Jadi untuk memudahkan anda yang nak mendaftar akaun bank untuk SSM pertama, saya akan senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan. 



Terlebih dahulu, sediakan Borang D seperti contoh di bawah untuk dirujuk nombor pendaftarannya. 



Setelah Borang D sudah tersedia, 

1. Layari laman sesawang ini,

https://www.hlb.com.my/en/business-banking/home.html?icp=hlb-en-home-header-txt-bcb-segment 

Ikut semua langkah-langkah dalam isi borang,
Nota tepi: 

A. kita orang Islam pilih akaun Islamic,

B. Nanti ada diminta untuk diisi anggaran annual income anda.

Setelah selesai mengisi permohonan di atas talian, tekan hantar. Tunggu sehingga anda mendapat panggilan dari cawangan terdekat. Kalau pengalaman saya, pagi ni isi borang permohonan secara dalam talian, dalam 30 minit selepas proses tersebut, terus wakil cawangan terdekat ada hubungi saya.

Setelah anda mendapat panggilan dari cawangan Hong Leong terdekat, ini adalah dua perkara yang anda boleh muat turun terlebih dahulu menggunakan wifi rumah anda bagi mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter, terutamanya kalau talian data anda tidak stabil dan terhad.

2. Buka App Store (iOS) atau Play Store (Android).

3. Cari dan muat turun 'HLB Connect Mobile Banking' dan 'HLB BizBuddy'. Pendaftaran selanjutnya hanya akan boleh diselesaikan setelah pengesahan cap jari, dan tandatangan di lakukan di kaunter. Jangan lupa bawa semua dokumen yang mengesahkan pendaftaran SSM anda seperti Borang A dan Borang D. 



4. Setelah hadir ke cawangan terdekat anda, boleh minta nombor giliran untuk buka akaun current. Sediakan kad pengenalan siap-siap untuk diberikan kepada petugas di kaunter. 

5. Kalau anda tiada personal account dengan Hong Leong, mereka akan buka account ini terlebih dahulu, kemudian baru akaun perniagaan kita. Nanti sign up, sediakan id dan password. Password Hong Leong tak boleh ada special case. 

Tadi saya sudah bawa cop SSM sendiri sekiranya saya perlu cop borang untuk pendaftaran akaun perniagaan, tapi tak digunakan pun. 

Nanti bila kita sudah selesai sign up, apabila sign in HLB Connect, kita akan boleh lihat ada dua buah paparan di situ, iaitu akaun peribadi dan perniagaan kita. 

Manakala HLB BizBuddy ni untuk kita semak wang yang diterima apabila pelanggan/klien scan QR code akaun perniagaan. Nanti kita akan dapat salinan QR code fizikal yang akan dipos oleh Hong Leong ke alamat kita. 

Kita juga akan mendapat dua kad bank, setiap satu untuk akaun yang kita telah daftar tadi. Yang saya paling terkejut adalah, untuk pendaftaran akaun perniagaan sole proprietor, hanya memerlukan deposit seminima RM50. Amaun deposit ke akaun peribadi juga adalah sebanyak RM50 sahaja. 

Tapi tadi saya ada dapat hadiah sempena pembukaan akaun Islamic pada hari ini. Syaratnya adalah deposit sebanyak RM100 untuk setiap akaun. Cuba teka apa yang saya dapat? Jeng jeng jeng.

Tote bag dan voucher KFC.

Staf Hong Leong yang menguruskan transaksi saya tadi menghulurkan hadiah ini sambil tersipu malu. "Sorry ya Puan untuk voucher ni. Kami pun dapat dari KFC ni." Yang faham tu faham lah ya. Bagus staf ni sebab dia cakna dengan sentimen masyarakat sekarang.
Alhamdulillah selesai semua ni dalam tempoh bawah sejam. Sebagai orang yang tak berapa gemar kena kerap dan berlama lama di bank, saya boleh puji servis Hong Leong. Tambah lagi pernah ada pengalaman nak tutup financing kereta, boleh selesai di atas talian sahaja. Saya boleh nampak cara Hong Leong menawarkan servis perbankan mereka agak progresif. 

Saya yakin kebanyakan orang nak kurangkan masa perlu hadir dan berurusan di kaunter. Boleh jadi atas faktor sibuk, isu parking, dan trafik. Jika boleh selesaikan urusan di hujung jari, kenapa tidak kan?


Thursday, 14 December 2023

Lubuk Buat Duit Buat Pekerja Gig

Pandemik kini menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan. Ada juga yang memilih untuk berhenti bekerja kerana tekanan pekerjaan. Disebabkan ini, ramai yang mencari cara untuk menjana pendapatan melalui internet. Berikut merupakan beberapa platform yang kita boleh cuba.

 

Facebook group (Pasaran Antarabangsa)

Facebook merupakan sebuah platform yang tidak asing lagi dari pengguna tempatan. Namun, kita kadang-kadang terlepas pandang akan potensi Facebook sebagai lubuk kepada peluang mendapatkan pendapatan lebih. Sebagai seorang penulis, saya banyak membuat kerja-kerja sebagai pembaca pruf, penstrukturan ayat, dan tatabahasa. Jadi saya banyak mencari grup berkaitan, atau bahasa mudahnya grup seperti ‘’proofreading and editing services.’’. Di situ terdapat ramai freelancer professional yang banyak berkongsi tips dan juga servis. Di FB, komunikasi antara pengguna adalah secara lansung dan tawar menawar boleh berlaku. Apa yang paling penting adalah platform ini adalah percuma. FB amat sesuai untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan freelancing. Untuk melicinkan urusan, adalah lebih baik sekiranya anda memastikan profile fb anda adalah lengkap dan jika dinilai, kelihatan dipercayai.


Fiverr dan Upwork (Pasaran Antarabangsa)

Fiverr merupakan sebuah marketplace khusus untuk freelancer. Disebabkan ianya dicipta secara khusus, ekosistemnya juga adalah lebih spesifik kepada kegiatan digital. Fiverr juga tersedia dengan kursus sokongan untuk membantu karyawan bebas membuat jualan. Kalau Upwork saya kurang pasti. Ianya juga dilengkapi dengan ujian kelancaran Bahasa untuk mereka yang membuat servis terjemahan dan yang sewaktu dengannya. Namun begitu, platform ini mengenakan caj servis dari pihak pengurusan Fiverr.

 

Carousell (Pasaran Asia)

Carousell merupakan sebuah platform e-commerce dengan fungsi yang lebih mesra pelanggan dan percuma. Kebanyakan platform ini digunakan untuk mencari barangan yang telah digunakan terutamanya barang elektronik, barang elektrik dan pakaian. Namun ramai juga yang menjual servis digital melalui platform ini kerana ekosistem yang mesra pengguna. Carousell ini menfokuskan jualan di antara pengguna-pengguna.


MDEC eRezeki (Pasaran Malaysia)

MDEC Erezeki merupakan sebuah platform untuk mencari pendapatan tambahan melalui kerja-kerja digital.  Platform ini menguar-nguarkan peluang pekerjaan dari syarikat-syarikat yang berada di dalam industri digital di Malaysia. Platform ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari kerja sepenuh masa, separuh masa, dan juga Latihan industri.

 

Saturday, 26 January 2019

Ubat duka adalah dengan bersedih

Baru tadi terbaca kata Usman Awang bahawa puisi adalah laungan orang yang sedang berjuang. Kira situasi ini benar, begitu menjejak pelusuk jiwa ku yang telah menyembunyikan jerih perihnya. Bukan sengaja mahu bersembunyi, tetapi kerana keterbatasan kosa kata yang mampu menguraikan kekecewaan ku di dalam hidup. Aku kira, kalau ku mendengar ungkapan ungkapan yang baik, bakal terubatlah jiwa itu. Tidak pernah aku mengalami kekecewaan sedalam ini, sehinggakan aku memejamkan mata di bawah air terjun yang melantun pun tidak mampu mengikis kedukaan ku ini. Tidak pernah sebegitu sekali. Aku pun membawa diri dari kesejukan air yang mencengkam, lalu duduk di pinggiran aliran sungai. Memerhati kebahagiaan yang dikecapi oleh anak anak tahfiz. Yang raut wajahnya begitu jernih dan riang di dalam kurnia Tuhan yang Maha Esa. Indah, aku pun ralit memerhatikan mereka yang menggelusur di atas lantai batu itu, lalu lagu percikan air itu seolah olah memujuk sebatas jiwa ku yang telah pun karam. Syukur ku panjatkan kepada Tuhanku yang telah menghiasi hamparan dunia ini dengan keindahan seperti ini.

Namun, itu hanyalah bersifat sementara. Sebentar kemudian, aku kembali hanyut dalam kedukaan. Tidak tahu kenapakah, apa munajat ku itu tersisa begitu saja?

Tidak tahu akan itu kerana perasaan itu bukan dalam takluk jajahan ku. Setelah itu, aku memulakan pembacaan yang juga merupakan kesukaan di waktu lapangku, namun tidak juga pergi perasaan itu. Kulit demi kulit ku lalui, akhirnya ku nampak kedukaan itu sudah perlahan lahan meninggalkan ku. Ini terjadi ketika aku membaca sejarah hidup Queen Elizabeth, yang bukan sarat dengan kegembiraan, tetapi berbagai penderitaan. Untuk menghayati kisah hidup wanita hebat itu, aku memainkan musik klasik dari Beethoven dan juga Mozart. Dan sedikit demi sedikit duka itu masuk ke dalam naratif kehidupan penakhluk England pada satu masa dahulu. Ternyata, perasaan sedih itu, pada satu ketika, harus dilarutkan di dalam kesedihan. Biarkan ia terurai di dalam ruang kesedihan yang ada, dan perlahan lahan cebisan kecil itu akan menghilang ke dalam ruang lain. Barangkali sifatnya akan berubah. Seperti tenaga kerana emosi ini merupakan sebahagian daripadanya. Ia sebenarnya tidak hilang, tetapi berubah bentuk. Di zaman yang menahan manusia daripada membenarkan penderitaan yang mereka alami, dengan kemunculan lagu² yang tidak benar² mencerminkan kepahitan dek anutan bahasa moden yang sirna seni daripadanya. Seni itu hanya lahir dari jiwa yang halus.

Kesimpulannya di sini, tidak membenarkan seseorang untuk bersedih itu tidak menjadikan dia seorang manusia. Sebaliknya ajarilah mereka bagaimana untuk menguruskan dan menyalurkan kesedihan itu. Tidak Tuhan ciptakan sesuatu yang sia-sia untuk umat manusia ini.

Friday, 28 December 2018

Pelajari Siapa Diri Anda


Bismillah.

Hai kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya. Semoga baik-baik saja hendaknya.
Sebab ramai yang bertanya bagaimana itu ‘study diri sendiri’, jadi sudi untuk saya kongsikan. Ceritanya begini ya kawan-kawan.

Ianya bermula setelah selesai viva, di mana sebenarnya seminggu sebelum viva saya telah ditimpa sakit. Mungkin kerana stress yang telah berjaya dikumpul dari awal semester sehingga sekarang. Al maklumlah semester ni kena buat final year project. Kombo dengan kerja lab + thesis = fyp. Tambahan lagi saya buat fyp berasaskan dua bidang ini iaitu; mikrobiologi dan molekular di mana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang begitu tinggi demi menyelesaikan thesis. Hanya mereka yang buat fyp dalam bidang ni je faham dia punya cabaran tu.

Pun begitu, Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan penulisan dan viva walaupun hardbound belum siap lagi. Apapun, memang rasa lah cabaran menjadi pelajar tahun akhir ni.
Menjelang 2019 ini,  lagi-lagi untuk pelajar tahun akhir yang bakal memulakan latihan industri, pasti kusut memikirkan apa yang hendak dilakukan selepas selesai intern. Ada yang rasa hilang diri sendiri dan dilanda ‘existential crisis’ (macam saya),  ada yang rasa nak bawa diri ke luar negara, ada yang rasa hidup tidak lagi bermakna, ada yang takut dan ada juga yang tak sabar nak grad.

Untuk yang sedang menghadapi fasa sebegini, ketahuilah bahawasanya itu semua normal. Tidak ada salahnya jika anda mengambil masa untuk diri sendiri. Namun, masa untuk diri sendiri itu mestilah diisi dengan melakukan perkara yang memberi makna kepada kehidupan anda. Ada orang, mereka menghabiskan masa dengan orang tersayang, ada orang dengan membaca buku dan dengan diskusi intelektual, bercuti dan macam-macam lagi. Jangan memilih untuk terperap dan menjadi katak di bawah tempurung.

Baiklah, alkisah sebelum saya memulakan study ke atas diri sendiri adalah inspirasi hasil daripada perbualan Whatsapp dengan kakanda yang saya kasihi:



Dari perbualan itulah, saya terus mengambil masa untuk saya melakukan beberapa tests yang berjaya ditemukan di Google.



Untuk bahagian personality test, saya lakukannya beberapa kali dengan menjawab soalan dari website yang berbeza. Kenapa pentingnya melakukan test di website berbeza? Kerana setiap laman sesawang mempunyai soalan yang berbeza. Setiap soalan juga akan menghasilkan outcome dan interpretation yang berbeza. Dari situ, anda akan dapat memperhatikan traits anda yang dominan, yang konsisten, dan yang berbeza setelah membandingkan beberapa test. Contohnya, keputusan personality test saya selalu berlegar di antara tiga iaitu; INTJ, INFJ, dan INFP. Setiap keyword itu amat penting untuk anda ketahui.  Contohnya seperti :

I – Introvert
N- Intuitive
T – Thinking
J- Judging
F- Feeling
P- Perceiving

Setiap traits tersebut hendaklah anda fahami. Setelah benar-benar memahaminya, barulah anda boleh meneruskan kepada career test, entrepreneurship test, gaya bercinta, dan banyak lagi.
Jika anda perhatikan pada tiga result ujian personaliti saya, dua traits di hadapan adalah konsisten, manakala dua traits di belakang adalah kurang konsisten. Maksudnya, dua ciri tersebut adalah kurang dominan dan sering berubah. Dari situ, saya memilih untuk mendominankan satu ciri sahaja (pilihan saya adalah rahsia) dan pilihan ini hendaklah disertakan dengan latihan untuk mengoptimumkan penguasaan ciri tersebut ke atas diri kita. Contohnya, jika saya memilih untuk mendominankan berfikir melebihi berperasaan, saya hendaklah membenarkan openness in receiving criticism berlaku ke atas saya.

Nah, dari situ baru anda dapat melihat di mana kekuatan, kelemahan, kelebihan, dan peluang anda di dalam kehidupan bersesuaian dengan personaliti anda. Suka untuk saya ingatkan bahawa personaliti diri boleh berubah seiring waktu. Memang sifat makhluk sentiasa berubah-ubah kerana kita ini bersifat baharu.

Suka untuk saya ingatkan bahawasanya tests ini tidak menentukan anda siapa secara absolut. Tests ini hanya mentafsirkan siapa anda dari variables yang ada dalam diri anda. Dan anda mampu mengubahnya.

Ujian-ujian ini juga adalah terbatas kepada beberapa aspek sahaja kerana tidak ada parameter yang disediakan di dalam test-test ini untuk mengukur tahap spiritual kita sedangkan manusia tidak hanya wujud dalam bentuk fizikal. Hidupnya seorang manusia kerana adanya ruh yang telah ditiup ke dalam jasad. Makanya, eloklah untuk kita dalami beberapa karya untuk memahami aspek ini. Begitu saya mencadangkan beberapa buah karya untuk ditekuni iaitu;

1.      Siri Ihya’ Ulumuddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
2.      The Nature of Man and Psychology of the Human Soul, S.M. Naquib al-Attas
3.      Rasail an-Nur, Imam Badiuzzaman Sa’id Nursi

Insha Allah, banyak perkara yang akan terungkai setelah mendalami karya-karya yang telah disebutkan di atas.

Dengan ini, saya ucapkan, selamat menyelami lautan jiwa anda. 
Ride the tides and enjoy the rides :) 

Syafiqah,


Pasir Mas, Kelantan.



Cara memilih blender yang tepat

 Assalamualaikum. Kali ini saya nak menulis sebuah entri untuk bantu cara pemilihan blender (pengisar) yang sesuai untuk kegunaan masing-mas...